Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Wednesday, October 26, 2011

HUTANG

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sebuah ilmu yang mungkin berguna untuk kami kongsi bersama dengan CLICKERS.


Orang kata hidup dalam zaman ni kalau tak berhutang, kiranya tak sah. Tak kisahlah apa hutang sekalipun. Ada juga yang berhutang sehingga sanggup meminjam dari ALONG dan sebagainya. Akibat tindakan yang kurang pandai tadinya kaum keluarga menjadi mangsa; mereka diganggu, digertak dan sampai ada yang dibunuh. malah bagi si peminjam ini, kerana tidak tahan diganggu selepas meminjam dari ALONG ada yang sanggup membunuh diri dan keluarga mereka sendiri.

Dan orang juga ada mengatakan tidak mustahil kerana wang kita sanggup berbunuhan antara satu sama lain, dan kerana wang juga kita sanggup melakukan apa saja, meskipun ia melanggar batas-batas kemanusiaan.

Adakah jalan keluar untuk kemelut yang dihadapi? Bagaimana kita nak meloloskan diri kita dari beban hutang yang dihadapi.

Saya akan kongsi dengan Clickers sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah s.a.w. menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a, sesesai berjemaah Zuhur.

“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang kaum Yahudi. Aku dikurung dirumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Sayidina Muaz dengan panjang lebarnya.

“Kenapa?”

“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terus-terang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”

Rasul tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saydina Muaz berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saydina bersungguh-sungguh.

Rasulullah s.a.w. pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu. Sehingga Saydina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.

Berkat daripada kata-kata Rasulullah tersebut, akhirnya Sayidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Dengan jayanya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya.

Mungkin kita juga boleh menjadi seperti Sayidina Muaz yang berjaya melunaskan beban hutang yang ditanggung. InsyALLAH dengan mengamal wirid ini akan melapangkan pintu rezeki kita.

Dibawah ini, dua terjemahan ayat yang dimaksudkan.

Surah Ali Imran Ayat 26.


Terjemahan:
Katakanlah (wahai Muhammad) - "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerrintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Surah Ali Imran Ayat 27.


Terjemahan:
Ëngkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Diharapkan informasi ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada clickers. Akhir kata, bersama-samalah kita mengamalkan dua potong ayat ini didalam wirid setiap hari.. Amin

Sekian

No comments: