Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Wednesday, October 26, 2011

HUTANG

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sebuah ilmu yang mungkin berguna untuk kami kongsi bersama dengan CLICKERS.


Orang kata hidup dalam zaman ni kalau tak berhutang, kiranya tak sah. Tak kisahlah apa hutang sekalipun. Ada juga yang berhutang sehingga sanggup meminjam dari ALONG dan sebagainya. Akibat tindakan yang kurang pandai tadinya kaum keluarga menjadi mangsa; mereka diganggu, digertak dan sampai ada yang dibunuh. malah bagi si peminjam ini, kerana tidak tahan diganggu selepas meminjam dari ALONG ada yang sanggup membunuh diri dan keluarga mereka sendiri.

Dan orang juga ada mengatakan tidak mustahil kerana wang kita sanggup berbunuhan antara satu sama lain, dan kerana wang juga kita sanggup melakukan apa saja, meskipun ia melanggar batas-batas kemanusiaan.

Adakah jalan keluar untuk kemelut yang dihadapi? Bagaimana kita nak meloloskan diri kita dari beban hutang yang dihadapi.

Saya akan kongsi dengan Clickers sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah s.a.w. menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a, sesesai berjemaah Zuhur.

“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang kaum Yahudi. Aku dikurung dirumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Sayidina Muaz dengan panjang lebarnya.

“Kenapa?”

“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terus-terang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”

Rasul tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saydina Muaz berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saydina bersungguh-sungguh.

Rasulullah s.a.w. pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu. Sehingga Saydina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.

Berkat daripada kata-kata Rasulullah tersebut, akhirnya Sayidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Dengan jayanya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya.

Mungkin kita juga boleh menjadi seperti Sayidina Muaz yang berjaya melunaskan beban hutang yang ditanggung. InsyALLAH dengan mengamal wirid ini akan melapangkan pintu rezeki kita.

Dibawah ini, dua terjemahan ayat yang dimaksudkan.

Surah Ali Imran Ayat 26.


Terjemahan:
Katakanlah (wahai Muhammad) - "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerrintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Surah Ali Imran Ayat 27.


Terjemahan:
Ëngkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Diharapkan informasi ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada clickers. Akhir kata, bersama-samalah kita mengamalkan dua potong ayat ini didalam wirid setiap hari.. Amin

Sekian

Sunday, October 23, 2011

From Kuala Lumpur to Penang

Final Chapter (Goodbye... Penang)

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran... Begitu juga dengan percutian kami di Pulau Pinang, masa terasa begitu singkat, rasa macam banyak lagi tempat yang kami tidak sempat lawati.

Keretapi dan Ferry merupakan pengangkutan yang kami pilih semasa hendak ke Penang. Maka untuk pulang ke Kuala Lumpur kami ingin pengangkutan yang santai dan tidak memakan masa jadi kapal terbang menjadi pilihan kami..



Kami hanya menaiki bas untuk ke Penang International Air. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Aida dan keluarga kerana bersusah-susah membawa kami berjalan-jalan mengelilingi Pulau Pinang. Padang Bota, batu Feringgi, Masjid Terapung dan banyak lagi. Tidak lupa juga masakan-masakan yang dimasak oleh Mak Lang (Mak Aida) ketika kami menumpang di rumah..



Gambar ini, semasa kami berada di Penang International Airport. Makanan tengahhari kami ialah Chicken Pai dan air mineral (Beli dekat station bas) dari 'The Coffee Bean', yang berharga RM 8.90.

Sekian...




Date: 16 September 2011 - 18 September 2011


Gambar-gambar kenangan kami semasa berada di Pulau Pinang dari hari kami sampai hinggalah ke hari kami pulang. Kami rasa kami akan ke Pulau Pinang lagi kerana masih banyak tempat-tempat menarik yang kami belum lawati...

Sunday, October 16, 2011

From Kuala Lumpur to Penang

Chapter 2 : Penang Night Life


Akhirnya.. kami tiba di rumah cousin kami di Balik Pulau. setelah membersihkan diri, kerana terlalu penat dan mengantuk (sebab dalam keretapi tadi hanya tidur-tidur ayam).

Zzzz... Buka je mata dah pukul 4.30 petang, jadi kamipun bersiap-siap sebab dah janji ngan kakak (Sepupu Aida) yang malam ni dia akan bawa kami jalan-jalan cari makan kat Pulau pinang ni. Memang excited nak keluar berjalan-jalan kat sini maklumla last time ke sini time kecik-kecik dulu.

Jemput Three sebuah rumah yang diubahsuai menjadi restoran merupakan destinasi makan malam pertama kami. orang kata makanan dekat sini best..


Tapi malangnya, Restoran tu tidak dapat menyajikan western food dengan alasan stok makanan western mereka telah habis. Jadi kami just order makanan biasa-biasa je... hehehe




Lepas habis je makan, kami dibawa ke Straits Quay. Dekat sini, kalau Clickers nak mencari kedai makanan memang tak susah, satu bangunan hampir semua kedai makan jek. Ikut selera je nak makanan makanan mahal ke or makanan murah. Semasa berjalan-jalan kat sini, sebuah kedai berjaya menarik perhatian kami.. SUGAR namanya.



Bagi Clickers yang suka membuat kek, kedai ini patut anda kunjung sekiranya berkesempatan ke Straits Quay ini. Terdapat banyak jenis-jenis kek yang telah siap dibungkus beserta cara-cara membuatnya. Peralatan-peralatan membuat kek juga ada dijual disini dan kebanyakannya yang tiada ditempat lain.




Haah!! tengok la tu sempat lagi membeli.. tapi percayalah, kalau masuk jek kedai ini rasa semua nak beli kalo boleh kedai-kedai sekali. Sebanyak tiga jenis resipi kek yang dibeli oleh kami.

kami meneruskan lagi perjalanan kami, merayau-rayau sekitar bangunan itu.. Banyak kedai-kedai yang jarang dijumpai di Kuala Lumpur. Terdapat sebuat Night Bazaar disini, dan kebanyakkannya mereka menjual barang-barang antik, baju-baju yan diprint sendiri, aksesori-aksesori wanita seperti rantai, cincin, gelang dan banyak lagi.

Dekat 3 jam juga kami berjalan di Straits Quay, lepas tu kami pulang ke rumah... PENAT BUT SERONOK

Bersambung.... (Chapter Last)

Sunday, October 9, 2011

Garage Sales: Handbag

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia

Pada akhir bulan syawal yang lalu, kami telah pergi menziarahi makcik kami yang tinggal di Bukit Antarabangsa. Untuk pengetahuan Clickers, dia merupakan seorang ahli perniagaan dan merupakan pemborong Handbag dan perfume.

Pada mulanya, sasaran pasarannya adalah hanya di internet dan membuka booth di pejabat-pejabat orang. Tetapi sekarang, dia mempunyai berpuluh-puluh ejen yang mengambil barang-barang ini terus dari rumahnya. Seronok juga bila tengok kejayaan makcik kami ni.

Lumrah seorang peniaga pasti akan mempromosikan barangan mereka kepada pembeli. Sembang punya sembang ….. TAADA

Dengan berbelanja tidak sampai RM 500.00, kami membeli sebuah handbag dan sebatang perfume. Selalunya bila harga murah kualitinya pun sama, tetapi berlainan dengan barang-barang yang kami beli dari makcik kami ini. Ianya sememangnya berkualiti.


Bagi anda yang ingin melihat gambar-gambar handbag, anda boleh la ke ruangan Garage Sale yang terdapat di Home.

Kami diberitahu yang perfume yang dijual disana merupakan perfume reject dan perfume tester. Jadi baunya memang sama macam yang kita beli di pasaraya-pasaya tu.

Sekian

Sunday, October 2, 2011

FROM THE DESK OF BLOGGER : Thank You

Assalammualaikum w.b.t.


Pantas betul masa berlalu, sedar tak sedar kini telahpun masuk bulan Oktober 2011. Jadi dikesempatan ini, kami ingin berterima kasih kepada Clickers yang masih bersama dan memeriahkan lagi Blog kami ini. Mohon maaf di minta sekiranya ada kekurangan pada paparan-paparan kami sebelum ini.

Untuk memantapkan lagi blog ini, kami telah membeli sebuah buku berkenaan dunia blog ini yang bertajuk ‘Rahsia Blogger - Edisi ke 2’, oleh Mohd Suhaimy Abu Bakar & Mohammed Farid Sulaiman.



Setelah tamat membaca buku ini, banyak perkara yang menarik dan berfaedah yang kami ketahui di samping ia juga menaikkan lagi semangat kami untuk terus dalam dunia blogger ini. Dan cadangan kami kepada Clickers yang ingin menceburi dunia blogger ini belilah buku ini sebagai panduan anda (bagi kawan-kawan yang mengenali kami datang la rumah kalau nak pinjam heheh..).

Pada 1 Oktober 2011, saya dan isteri saya telah mendapat panggilan dari ibu kami supaya pergi ke Johor Bahru untuk melawat kakak dan abang ipar kami yang baru kehilangan ayah tersayang… Takziah buat Kak Mija dan Abang Lin, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman… Al-Fatihah

Berbalik pada kisah kami… bagi menaikkan lagi kualiti dan kuantiti blog ini, kami telah mengadakan perbincangan bertempat di Restoran Black Canyon, Jusco Bukit Indah, Skudai Johor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. sambil berbincang sambil berdating hehehe agak lama kami tak keluar makan macam ni..


Hasil perbincangan kami pada makan malam itu, selepas ini setiap posting kami akan disusun dengan membuat section atau tajuk utama. Section/Tajuk utama ini akan kami namakan seperti ini:

1. From The Desk of Blogger
Disini akan kami paparkan perkara-perkara berkaitan kami ataupu blog, artikel-artikel, gambar- gambar serta bahan-bahan lain yang kami rasa ingin berkongsi bersama.

2. Today News
Artikel-Artikel dan Tips-Tips berkaitan kesihatan, simpanan & pelaburan, bahan-bahan berkaitan Islam, sejarah dsb.

3. Travel and Leisure
Tempat peranginan yang patut anda lawat bersama rakan atau keluarga yang pernah kami lawati.

4. Food & Beverage
Restoran dan kedai makan yang pernah kami kunjungi dan Resipi masakan yang pernah kami hasilkan.

5. Joke of The Week
Cerita-cerita dan gambar-gambar lawak.

6. Garage Sale
Perniagaan yang akan atau sedang kami lakukan.

Diharapkan segala perubahan yang akan kami lakukan ini, dapat lebih menarik minat anda untuk terus bersama kami.

Sekian dahulu dari kami.. Assalammualaikum.