Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Monday, December 26, 2011

December 2011

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dengan limpah rahmat-Nya kita masih lagi berada disini untuk menyambut tahun baru 2012. Dikesempatan ini, kami suami-isteri ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada  warga Clickers yang masih setia bersama kami dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang mengenali kami dan semoga segala hajat dan impian  warga Clickers  dan rakan-rakan kami tercapai.. Amin

Setahun telah berlalu, pada mulanya blog ini dibuka hanyalah untuk menceritakan kisah-kisah mengenai kami sahaja, dan hanya untuk berkongsi maklumat dan tips-tips yang kami dapat untuk Clickers.   

Dan kami akui yang laman blog ini agak membosankan. Setelah melihat blog rakan-rakan yang lain, pelbagai idea yang kami dapat dan kami rasa kami patut tampilkan di Blog ini. Jadi setelah berbincang kami bersependapat untuk membuka sebuah Gerai Online.

Untuk pengetahuan Clickers, sebenarnya kami telahpun mula berniaga secara kecil-kecilan di sini. Banyak produk telah kami ambil dan letakkan diblog ini seperti Kain Sulam Timbul, Pin Tudung, Kain Tudung, Selendang dan Beg Tangan Wanita untuk dijual. 


Jadi dengan adanya Gerai Online ini, teraturlah sedikit cara kami menjual produk-produk kami. Dan dengan terhasilnya Borang Tempahan senanglah sedikit Clickers untuk memesan tanpa perlu menelefon kami yang kadang-kala tak terjawab panggilannya.

Semoga kami berpeluang menambah lagi produk-produk yang dapat menarik minat Clickers untuk membeli dari kami.

Sekian dahulu dari kami, semoga kita berjumpa lagi di lain artikel. Silalah berkunjung ke Gerai Online kami untuk melihat produk-produk kami..

Kenangan manis kami di hujung tahun 2011,
Makan Malam Bersama Papa Rock @ Ramli Sarip

Sunday, November 20, 2011

November Promotion : Handbag for sales


Peluang untuk Clickers untuk menambah koleksi handbag pada harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya sekarang kerana STOK TERHAD...

Berminat sila ke Garage Sale untuk melihat semua koleksi Branded Handbag (Click here)

Monday, November 14, 2011

PROMOTION OF THE MONTH: BUNDLE DRESS FROM JAPAN FOR SALE!!!


kepada Clickers yang meminati pakaian dress bundle ini merupakan peluang anda untuk membeli-belah pada harga serendah RM 10.00. Cepat sebelum kehabisan stok.

Sila ke Garage Sale untuk melihat semua koleksi Dress Bundle

Wednesday, October 26, 2011

HUTANG

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sebuah ilmu yang mungkin berguna untuk kami kongsi bersama dengan CLICKERS.


Orang kata hidup dalam zaman ni kalau tak berhutang, kiranya tak sah. Tak kisahlah apa hutang sekalipun. Ada juga yang berhutang sehingga sanggup meminjam dari ALONG dan sebagainya. Akibat tindakan yang kurang pandai tadinya kaum keluarga menjadi mangsa; mereka diganggu, digertak dan sampai ada yang dibunuh. malah bagi si peminjam ini, kerana tidak tahan diganggu selepas meminjam dari ALONG ada yang sanggup membunuh diri dan keluarga mereka sendiri.

Dan orang juga ada mengatakan tidak mustahil kerana wang kita sanggup berbunuhan antara satu sama lain, dan kerana wang juga kita sanggup melakukan apa saja, meskipun ia melanggar batas-batas kemanusiaan.

Adakah jalan keluar untuk kemelut yang dihadapi? Bagaimana kita nak meloloskan diri kita dari beban hutang yang dihadapi.

Saya akan kongsi dengan Clickers sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

“Aku tidak melihatmu di masjid semalam,” Rasulullah s.a.w. menegur Sayidina Muaz Bin Jabal r.a, sesesai berjemaah Zuhur.

“Maafkan aku, wahai Rasulullah. Aku tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat semalam. Semasa dalam perjalanan ke masjid, aku telah dihalangi oleh seorang kaum Yahudi. Aku dikurung dirumahnya dan tidak dibenarkan ke mana-mana,” jawab Sayidina Muaz dengan panjang lebarnya.

“Kenapa?”

“Aku telah banyak berhutang kepadanya,” akui Sayidina Muaz terus-terang. “Sehinggalah aku merayu dan berjanji akan menjelaskan hutang-hutangnya apabila beroleh wang nanti, barulah aku dilepaskan,”

Rasul tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Saydina Muaz berkata, ” Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”

“Mahu..mahu, wahai Rasulullah,” jawab Saydina bersungguh-sungguh.

Rasulullah s.a.w. pun membacakan dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. Sayidina Muaz mendengarnya dengan cermat dan teliti, sebelum ikut membacanya semula. Selepas itu dia terus mengamalkannya dua potong ayat yang banyak khasiatnya itu. Sehingga Saydina Muaz menjadikan ayat tersebut sebagai wirid hariannya.

Berkat daripada kata-kata Rasulullah tersebut, akhirnya Sayidina Muaz telah menjadi orang yang berjaya dan maju dalam bidang perkerjaannya. Dengan jayanya itu membolehkan ia melunaskan semua hutangnya.

Mungkin kita juga boleh menjadi seperti Sayidina Muaz yang berjaya melunaskan beban hutang yang ditanggung. InsyALLAH dengan mengamal wirid ini akan melapangkan pintu rezeki kita.

Dibawah ini, dua terjemahan ayat yang dimaksudkan.

Surah Ali Imran Ayat 26.


Terjemahan:
Katakanlah (wahai Muhammad) - "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerrintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Surah Ali Imran Ayat 27.


Terjemahan:
Ëngkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Diharapkan informasi ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada clickers. Akhir kata, bersama-samalah kita mengamalkan dua potong ayat ini didalam wirid setiap hari.. Amin

Sekian

Sunday, October 23, 2011

From Kuala Lumpur to Penang

Final Chapter (Goodbye... Penang)

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran... Begitu juga dengan percutian kami di Pulau Pinang, masa terasa begitu singkat, rasa macam banyak lagi tempat yang kami tidak sempat lawati.

Keretapi dan Ferry merupakan pengangkutan yang kami pilih semasa hendak ke Penang. Maka untuk pulang ke Kuala Lumpur kami ingin pengangkutan yang santai dan tidak memakan masa jadi kapal terbang menjadi pilihan kami..



Kami hanya menaiki bas untuk ke Penang International Air. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Aida dan keluarga kerana bersusah-susah membawa kami berjalan-jalan mengelilingi Pulau Pinang. Padang Bota, batu Feringgi, Masjid Terapung dan banyak lagi. Tidak lupa juga masakan-masakan yang dimasak oleh Mak Lang (Mak Aida) ketika kami menumpang di rumah..



Gambar ini, semasa kami berada di Penang International Airport. Makanan tengahhari kami ialah Chicken Pai dan air mineral (Beli dekat station bas) dari 'The Coffee Bean', yang berharga RM 8.90.

Sekian...




Date: 16 September 2011 - 18 September 2011


Gambar-gambar kenangan kami semasa berada di Pulau Pinang dari hari kami sampai hinggalah ke hari kami pulang. Kami rasa kami akan ke Pulau Pinang lagi kerana masih banyak tempat-tempat menarik yang kami belum lawati...

Sunday, October 16, 2011

From Kuala Lumpur to Penang

Chapter 2 : Penang Night Life


Akhirnya.. kami tiba di rumah cousin kami di Balik Pulau. setelah membersihkan diri, kerana terlalu penat dan mengantuk (sebab dalam keretapi tadi hanya tidur-tidur ayam).

Zzzz... Buka je mata dah pukul 4.30 petang, jadi kamipun bersiap-siap sebab dah janji ngan kakak (Sepupu Aida) yang malam ni dia akan bawa kami jalan-jalan cari makan kat Pulau pinang ni. Memang excited nak keluar berjalan-jalan kat sini maklumla last time ke sini time kecik-kecik dulu.

Jemput Three sebuah rumah yang diubahsuai menjadi restoran merupakan destinasi makan malam pertama kami. orang kata makanan dekat sini best..


Tapi malangnya, Restoran tu tidak dapat menyajikan western food dengan alasan stok makanan western mereka telah habis. Jadi kami just order makanan biasa-biasa je... hehehe




Lepas habis je makan, kami dibawa ke Straits Quay. Dekat sini, kalau Clickers nak mencari kedai makanan memang tak susah, satu bangunan hampir semua kedai makan jek. Ikut selera je nak makanan makanan mahal ke or makanan murah. Semasa berjalan-jalan kat sini, sebuah kedai berjaya menarik perhatian kami.. SUGAR namanya.



Bagi Clickers yang suka membuat kek, kedai ini patut anda kunjung sekiranya berkesempatan ke Straits Quay ini. Terdapat banyak jenis-jenis kek yang telah siap dibungkus beserta cara-cara membuatnya. Peralatan-peralatan membuat kek juga ada dijual disini dan kebanyakannya yang tiada ditempat lain.




Haah!! tengok la tu sempat lagi membeli.. tapi percayalah, kalau masuk jek kedai ini rasa semua nak beli kalo boleh kedai-kedai sekali. Sebanyak tiga jenis resipi kek yang dibeli oleh kami.

kami meneruskan lagi perjalanan kami, merayau-rayau sekitar bangunan itu.. Banyak kedai-kedai yang jarang dijumpai di Kuala Lumpur. Terdapat sebuat Night Bazaar disini, dan kebanyakkannya mereka menjual barang-barang antik, baju-baju yan diprint sendiri, aksesori-aksesori wanita seperti rantai, cincin, gelang dan banyak lagi.

Dekat 3 jam juga kami berjalan di Straits Quay, lepas tu kami pulang ke rumah... PENAT BUT SERONOK

Bersambung.... (Chapter Last)

Sunday, October 9, 2011

Garage Sales: Handbag

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia

Pada akhir bulan syawal yang lalu, kami telah pergi menziarahi makcik kami yang tinggal di Bukit Antarabangsa. Untuk pengetahuan Clickers, dia merupakan seorang ahli perniagaan dan merupakan pemborong Handbag dan perfume.

Pada mulanya, sasaran pasarannya adalah hanya di internet dan membuka booth di pejabat-pejabat orang. Tetapi sekarang, dia mempunyai berpuluh-puluh ejen yang mengambil barang-barang ini terus dari rumahnya. Seronok juga bila tengok kejayaan makcik kami ni.

Lumrah seorang peniaga pasti akan mempromosikan barangan mereka kepada pembeli. Sembang punya sembang ….. TAADA

Dengan berbelanja tidak sampai RM 500.00, kami membeli sebuah handbag dan sebatang perfume. Selalunya bila harga murah kualitinya pun sama, tetapi berlainan dengan barang-barang yang kami beli dari makcik kami ini. Ianya sememangnya berkualiti.


Bagi anda yang ingin melihat gambar-gambar handbag, anda boleh la ke ruangan Garage Sale yang terdapat di Home.

Kami diberitahu yang perfume yang dijual disana merupakan perfume reject dan perfume tester. Jadi baunya memang sama macam yang kita beli di pasaraya-pasaya tu.

Sekian

Sunday, October 2, 2011

FROM THE DESK OF BLOGGER : Thank You

Assalammualaikum w.b.t.


Pantas betul masa berlalu, sedar tak sedar kini telahpun masuk bulan Oktober 2011. Jadi dikesempatan ini, kami ingin berterima kasih kepada Clickers yang masih bersama dan memeriahkan lagi Blog kami ini. Mohon maaf di minta sekiranya ada kekurangan pada paparan-paparan kami sebelum ini.

Untuk memantapkan lagi blog ini, kami telah membeli sebuah buku berkenaan dunia blog ini yang bertajuk ‘Rahsia Blogger - Edisi ke 2’, oleh Mohd Suhaimy Abu Bakar & Mohammed Farid Sulaiman.



Setelah tamat membaca buku ini, banyak perkara yang menarik dan berfaedah yang kami ketahui di samping ia juga menaikkan lagi semangat kami untuk terus dalam dunia blogger ini. Dan cadangan kami kepada Clickers yang ingin menceburi dunia blogger ini belilah buku ini sebagai panduan anda (bagi kawan-kawan yang mengenali kami datang la rumah kalau nak pinjam heheh..).

Pada 1 Oktober 2011, saya dan isteri saya telah mendapat panggilan dari ibu kami supaya pergi ke Johor Bahru untuk melawat kakak dan abang ipar kami yang baru kehilangan ayah tersayang… Takziah buat Kak Mija dan Abang Lin, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman… Al-Fatihah

Berbalik pada kisah kami… bagi menaikkan lagi kualiti dan kuantiti blog ini, kami telah mengadakan perbincangan bertempat di Restoran Black Canyon, Jusco Bukit Indah, Skudai Johor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. sambil berbincang sambil berdating hehehe agak lama kami tak keluar makan macam ni..


Hasil perbincangan kami pada makan malam itu, selepas ini setiap posting kami akan disusun dengan membuat section atau tajuk utama. Section/Tajuk utama ini akan kami namakan seperti ini:

1. From The Desk of Blogger
Disini akan kami paparkan perkara-perkara berkaitan kami ataupu blog, artikel-artikel, gambar- gambar serta bahan-bahan lain yang kami rasa ingin berkongsi bersama.

2. Today News
Artikel-Artikel dan Tips-Tips berkaitan kesihatan, simpanan & pelaburan, bahan-bahan berkaitan Islam, sejarah dsb.

3. Travel and Leisure
Tempat peranginan yang patut anda lawat bersama rakan atau keluarga yang pernah kami lawati.

4. Food & Beverage
Restoran dan kedai makan yang pernah kami kunjungi dan Resipi masakan yang pernah kami hasilkan.

5. Joke of The Week
Cerita-cerita dan gambar-gambar lawak.

6. Garage Sale
Perniagaan yang akan atau sedang kami lakukan.

Diharapkan segala perubahan yang akan kami lakukan ini, dapat lebih menarik minat anda untuk terus bersama kami.

Sekian dahulu dari kami.. Assalammualaikum.

Tuesday, September 27, 2011

From Kuala Lumpur to Penang

Chapter 1 : Penang Here we Come

15 September 2011, last minute punya planning pergi Penang. Nasib baik ada tiket Kereta api ke Butterworth. Kitaorang bertolak dari KL Central pada pukul 11.00 malam. Then sampai Butterworth pukul 7.15 pagi. Ini merupakan pengalaman pertama kami, dan kami rasa CLICKERS semua patut try sebab memang adventure habis.. 


Ini masa tengah tunggu  PutraLRT, dari Sri Rampai ke KL Central. Thanks to Kakak sebab hantar kitaorang.


Gambar 1st tu, masa tengah tunggu KTM.. lapar sangat so apa lagi KFC laa.. Lepas tu KTM senandung Mutiara pun sampai, jauh jugak la kitaorang terpaksa berjalan ke koc yang hujung sekali.


Ini beberapa view yang sempat kami ambil di Koc Kelas Dua Tempat Tidur...
Tips untuk korang, jangan ambil katil sebelah pintu sebab korang takkan dapat tidur dengan nyenyak bila bunyi pintu orang keluar masuk and bunyi enjin dia...KUAT GILERR... 


WELCOME TO BUTTERWORTH..Yeayy dah sampai..
bergambar dulu untuk kenangan dimasa tua nanti.


Ini gambar kerera api dulu-dulu masa zaman British. Bebetul depan KTM Butterworth. 


Dari KTM Butterworth, kitaorang berjalan pulak ke Terminal Ferry Butterworth untuk ke Georgetown.
Untuk naik ferry ni korang kena sediakan duit syiling RM 1.20 per person, sebab mesin hanya acept duit syiling je.
Masa atas ferry ni kebetulan musim obor-obor, so dapat la kitaorang tengok obor-obor berenang-renang secara LIVE.. hehe


Lepas je sampai kat ferry terminal.. berjalan pulak ke Bus Terminal, mujur dekat. Tunggu cousin (Aida) kitaorang amik. sementara menuggu, sempat juga bergambar. Bus stop pun jadi.. hehehe


To be continue






Sunday, September 4, 2011

Eidulfitri 1432H/2011M


As'salam dan Salam 1Malaysia buat CLICKERS semua. 
Dikesempatan ini, kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidulfitri 1432H/2011M dan ulang tahun Hari Kemerdekaan buat Malaysia Tercinta..



Kepada yang pulang berhari raya di kampung halaman diharap pandu dengan cermat ingat orang yang tersayang.

Sunday, August 21, 2011

Kellie's Castle


Lakaran Istana Kellie's

Sejarah Kellie's Castle:

Istana Kellie atau lebih dikenali Kellie's Castle yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh merupakan satu warisan sejarah yang menyimpan kisah sehebat istana Taj Mahal di India di sebalik pembinaannya.

Istana Kellie dibina oleh seorang peladang Scotland yang kaya raya, William Kellie Smith yang berasal dari sebuah kampung yang dikenali sebagai Kellas.
Istana Kellie terletak di sebuah ladang getah milik Smith yang dinamakan sebagai Ladang Getah Kinta Kellas, sempena ladang di kampung asal Smith di Scotland iaitu Easter Kellas.
Apa yang menarik, bangunan tersebut bukan sahaja mempunyai ciri-ciri rekabentuk berdasarkan kebudayaan India, malah semua batu bata dan lantainya juga dibawa dari India.
Malah, Smith juga mengupah ramai buruh India untuk membina istana impian cintanya itu.
Selain itu, Istana Kellie merupakan yang pertama sekali menggunakan elevator yang menghubungkan dari tingkat bawah ke tingkat paling atas.
Bangunan itu juga mempunyai banyak bilik dan terowong rahsia.
Bagaimanapun istana yang mula dibina pada tahun 1915 itu tidak sempat siap dan diduduki oleh Smith selepas beliau meninggal dunia secara mengejut akibat penyakit pneumonia semasa melawat Portugal pada tahun 1926.
Agnes yang terlalu sedih dengan kematian suami tersayangnya itu kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke Scotland dan menjual ladang getah serta istana tersebut kepada sebuah syarikat Inggeris, Harrisons and Crosfield.
Walaupun tidak sempat siap, Istana Kellie akan terus diingati sebagai legenda impian yang kesampaian bagi Smith dan mahligai itu kini menjadi daya tarikan pelancong terutamanya bagi mereka yang sedang dilamun cinta.
Legenda inilah yang menjadikan Istana Kellie sebagai tarikan kepada pelancong yang saban hari melawat mahligai impian cinta Kellie itu untuk mengabadikan kenangan cinta mereka.
Istana Kellie dibuka kepada kunjungan awam dari pukul 8.30 pagi hingga 7 petang setiap hari.
-sekian-

Pada 24 April 2010, kami berkesempatan melawat ke Istana yang dikatakan menjadi salah satu tempat menarik yang terdapat di Perak. Gambar-gambar dibawah ini adalah laluan yang akan korang lalui sebelum sampai ke Istana tersebut.

 Bukit yang menyerupai Seekor Singa.

 Perjalanan yang amat memenatkan tapi menggembirakan, kerana jarang sekali kami keluar berjalan-jalan

 Akhirnya sampai juga ke destinasi kami.

 Bergambar dahulu sebagai bukti yang kami pernah menjejak kaki disana.


 Kalau diperhatikan betul-betul pokok ini dari sudut yang tepat, anda akan lihat ia seperti seekor beruang.


Betapa luasnya Istana ini.


.
AMARAN DILARANG MELAKUKAN AKSI INI APABILA ANDA MELAWAT ISTANA INI.
Gambar ini diambil sebelum kami ditegur oleh pegawal

Tangga disini amat menakutkan sebab amat kecil


Lihat.. Dikelilingi kebun-kebun getah yang menghijaukan kawasan sekitarnya.

Kalau siap dibina, disini merupakan lif bangunan ini

Kepada yang nak buat gambar Prewedding pun lawa.

Kawasan luar Istana, yang menyambungkan dewan makan dan bangunan utama


Perigi Buta dimana tempat bagi mendapatkan sumber air bersih.

Sebelum pulang

Jadi kepada Clickers yang ada perancangan untuk pergi melancong ke Perak, pergi la ke Istana Kellie's ini kerana anda takkan menyesal.