Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Sunday, August 21, 2011

Kellie's Castle


Lakaran Istana Kellie's

Sejarah Kellie's Castle:

Istana Kellie atau lebih dikenali Kellie's Castle yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh merupakan satu warisan sejarah yang menyimpan kisah sehebat istana Taj Mahal di India di sebalik pembinaannya.

Istana Kellie dibina oleh seorang peladang Scotland yang kaya raya, William Kellie Smith yang berasal dari sebuah kampung yang dikenali sebagai Kellas.
Istana Kellie terletak di sebuah ladang getah milik Smith yang dinamakan sebagai Ladang Getah Kinta Kellas, sempena ladang di kampung asal Smith di Scotland iaitu Easter Kellas.
Apa yang menarik, bangunan tersebut bukan sahaja mempunyai ciri-ciri rekabentuk berdasarkan kebudayaan India, malah semua batu bata dan lantainya juga dibawa dari India.
Malah, Smith juga mengupah ramai buruh India untuk membina istana impian cintanya itu.
Selain itu, Istana Kellie merupakan yang pertama sekali menggunakan elevator yang menghubungkan dari tingkat bawah ke tingkat paling atas.
Bangunan itu juga mempunyai banyak bilik dan terowong rahsia.
Bagaimanapun istana yang mula dibina pada tahun 1915 itu tidak sempat siap dan diduduki oleh Smith selepas beliau meninggal dunia secara mengejut akibat penyakit pneumonia semasa melawat Portugal pada tahun 1926.
Agnes yang terlalu sedih dengan kematian suami tersayangnya itu kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke Scotland dan menjual ladang getah serta istana tersebut kepada sebuah syarikat Inggeris, Harrisons and Crosfield.
Walaupun tidak sempat siap, Istana Kellie akan terus diingati sebagai legenda impian yang kesampaian bagi Smith dan mahligai itu kini menjadi daya tarikan pelancong terutamanya bagi mereka yang sedang dilamun cinta.
Legenda inilah yang menjadikan Istana Kellie sebagai tarikan kepada pelancong yang saban hari melawat mahligai impian cinta Kellie itu untuk mengabadikan kenangan cinta mereka.
Istana Kellie dibuka kepada kunjungan awam dari pukul 8.30 pagi hingga 7 petang setiap hari.
-sekian-

Pada 24 April 2010, kami berkesempatan melawat ke Istana yang dikatakan menjadi salah satu tempat menarik yang terdapat di Perak. Gambar-gambar dibawah ini adalah laluan yang akan korang lalui sebelum sampai ke Istana tersebut.

 Bukit yang menyerupai Seekor Singa.

 Perjalanan yang amat memenatkan tapi menggembirakan, kerana jarang sekali kami keluar berjalan-jalan

 Akhirnya sampai juga ke destinasi kami.

 Bergambar dahulu sebagai bukti yang kami pernah menjejak kaki disana.


 Kalau diperhatikan betul-betul pokok ini dari sudut yang tepat, anda akan lihat ia seperti seekor beruang.


Betapa luasnya Istana ini.


.
AMARAN DILARANG MELAKUKAN AKSI INI APABILA ANDA MELAWAT ISTANA INI.
Gambar ini diambil sebelum kami ditegur oleh pegawal

Tangga disini amat menakutkan sebab amat kecil


Lihat.. Dikelilingi kebun-kebun getah yang menghijaukan kawasan sekitarnya.

Kalau siap dibina, disini merupakan lif bangunan ini

Kepada yang nak buat gambar Prewedding pun lawa.

Kawasan luar Istana, yang menyambungkan dewan makan dan bangunan utama


Perigi Buta dimana tempat bagi mendapatkan sumber air bersih.

Sebelum pulang

Jadi kepada Clickers yang ada perancangan untuk pergi melancong ke Perak, pergi la ke Istana Kellie's ini kerana anda takkan menyesal.

Saturday, August 20, 2011

Nan Cheese

As'salam dan salam 1Malaysia kepada Clickers semua, kali ini Kami nak ajak Clickers semua untuk berkongsi pengalaman kami satu family ketika datang ke kedai ini semalam (19/8/2011 @ 10.30 p.m) untuk bersahur.

Kedai ini telah direkomen oleh member kami (Muhammad Shafiq dari iCimb (M) Sdn Bhd), dia kata sesiapa penggemar cheese patut berkunjung ke sini. so semalam kami pun gerak untuk mencari kedai yang dimaksudkannya tu. Sampainya kami disana memang penuh  dengan manusia-manusia yang sedang makan, nak cari Parking kosong pun susah.


Ini gambar muka hadapan kedai tersebut, nampak seperti kedai-kedai biasakan. Jangan tertipu cuba la masuk ke dalam dahulu.

Dihadapan pintu masuk Clickers aku ternampak Banner ni ''Cheese Naan - Best in town, RM 5.00,'' tapi bagi orang yang nak TAPAU harga yang dikenakan ialah RM 5.50 untuk Cheese Nan & RM 2.00 untuk Kuah Dal.

Kami tunjukkan dulu gambar Kuah Dal dia. Kuah ni akan dibuat selepas kita order Nan Cheese tu and rasa dia memang terbaaekkk wokk!! susah kami nak terangkan rasa kuah ni tapi memang lain dan sedap la..



Last but not least, HAAH!! ini gambar roti Nan Cheese tu. sesiapa yang menggemari cheese memang tak rugi la kalo makan kat sini. aku diberitahu yang mereka menggunakan Cheese Mozzarella. Clickers tengok la sendiri melimpah-limpah cheese dia. bau Nan Cheese ni plak PEHHH!! 

Bagi Clickers yang berminat untuk pergi ke sini, kedainya berhampiran Maju Junction Bersebelahan dengan Lotus Hotel. Kami jamin Clickers pasti tidak akan menyesal punya.
*** disebabkan kami terlupa untuk membawa kamera so kami terpaksa menggunakan gambar member kami untuk tatapan Clickers semua.

Monday, August 15, 2011

Kain Sulam Timbul


As'salam, sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, kami di 7th Heaven Wardrobe akan  mula menjual Kain Sulam. Jadi kepada rakan-rakan wanita sekalian yang berminat untuk memilik Kain Sulam dari Bukit Tinggi, Indonesia. Anda boleh membuat tempah SEKARANG kerana Stok  Terhad.. Sepasang hanya 
RM 180.00




  -Sold Out-
Siti Ainon (Saft Auto Sdn Bhd)





 -Sold Out-
Cik Mira (i-CIMB M Sdn Bhd)

  -Sold Out-
Wati Ab Rahman (SYABAS Sdn Bhd)

  -Sold Out-
Siti Ainon (Saft Auto Sdn Bhd)

 -Sold Out-
Siti Ainon (Saft Auto Sdn Bhd)

 -Sold Out-
Puan Nur Ishraf Ahmad Khairudin (SYABAS Sdn Bhd)

  -Sold Out-
Siti Ainon (Saft Auto Sdn Bhd)


  -Sold Out-
Puan Maznah Din (Perlis Indera Kayangan)








  -Sold Out-
Nini (Saft Auto Sdn Bhd)







  -Sold Out-
Zarith Sofia Zainal Abidin (FELDA)

 -Sold Out-
Puan Mastika (i-Cimb M sdn bhd)




Monday, August 8, 2011

Happy to Stay on


Salam 1Malaysia, artikal ini aku dapat masa aku tengah baca surat khabar dekat Pejabat tadi. Jadi ingat nak kongsi bersama-sama.


HAPPY TO STAY ON

‘A Satisfied Employee is a Productive Employee’


COMPANIES with a satisfied workforce typically have higher than average productivity, more satisfied customers, lower employee turnover and fewer accidents.

In the wake of the global financial crisis, productivity and cost-effectiveness is top of mind of many employers.

Many business leaders took time to review their operating procedures and scrutinize outputs and the costs of those outputs to find areas for improvement.

But what is surprising is that many businesses either forget to carry out or have yet to implement strategies aimed at improving employee satisfaction.

The relationship between employee’s satisfaction and productivity has been researched for many years.

It stands to reason that if employees enjoy their work and feel they are valued, they will be more productive, which will have a huge impact on the bottom line.

There are a variety of strategies available, and depending on the workforce, business culture and values, any one of these will assist employers to get the most from their staff.

   1. IMPLEMENT AN EFFECTIVENESS INDUCTION PROCESS
The first day, week and even month of a new staff member’s employment should provide the necessary training and understanding of the role and your business.

This may seem like a lot of work, but without it, your new employee may feel like he does not fit in and his productivity can drop while he tries to find his own way.


2. DEVELOP TALENT
The majority of employee’s feel more committed to an employer who invests in their training and development.

Without such an important factor in their career, many would look for a new job.

As the economy enters a candidate-tight market, it is imperative that employers invest in the training and development of their staff to aid in their retention.


3. CELEBRATE SUCCESS
Performance-related pay has a definite impact on productivity as it is often based on achieving or exceeding set key performance indicators or targets.

Monetary rewards, however, are usually very short-lived. What is more important is that the reward makes the person feel valued.

Often, a “well done” and internal recognition for good performance can be more valuable than a monetary reward.

Any company looking at implementing a successful reward/recognition programme should look at what its employee’s want. A “one size fits all” mentality will not work, as what one employee values, another will not.


4. OFFER FLEXIBILITY
Flexibility is an important factor in overall workplace effectiveness because it can improve employee engagement and job satisfaction as well as reduce stress.

Offering flexibility working arrangements, such as location and working hours, and the types of technologies available to staff, such as video-conferencing and remote access, promote a work-life balance and can save a large company millions of dollars in unscheduled absences.

It may take some effort to create a good orientation prgoramme or to offer flexible working arrangements, bur if such strategies help your organization to keep its talent, wouldn’t it be worthwhile?

Article by Chris Mead, General Manager of Hays in Singapore
(The Star Wednesday 18 May 2011)


Welcome to Our Blog.

''celebrate moment"
(Letih je muka sebab tak tido nak kene siapkan blog ni)

Alhamdulillah dengan limpah dan  rahmatNya, akhirnya Blog "7th Heaven Wardrobe" ini berjaya juga disiapkan walaupun terpaksa mengambil masa yang lama kerana kekurangan idea.

Dikesempatan ini ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada isteri tersayang kerana tidak putus-putus memberi pertolongan dari segi idea dan tenaga, Kaum  keluarga dan tidak lupa juga kawan-kawan.

Blog ini akan diurus dan dipantau oleh kami (Syaiful Amri Dan Shamshidatul Maziyah Samsudin). Dan dildalam Blog ini juga akan kami sertakan segmen-segmen yang akan menarik minat anda seperti:

1. Perniagaan
2. Pengalaman/Cerita
3. Resipi Masakan
4. Tempat Peranginan Yang Perlu Anda Lawati
5. Restoran Yang Perlu Anda Kunjungi
6. Hobi Untuk Dikongsi
7. Lain-Lain

Sebagai pendatang baru, komen dan nasihat dari anda amat kami hargai bagi meninggkatkan lagi kualiti dan kuantiti blog ini.

sekian