Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Sunday, February 26, 2012

Filem Yang Dinanti-nantikan 2012


Kepada kaki-kaki wayang tahun 2012 ini merupakan tahun yang dinanti-nantikan kerana kebanyakan filem-filem yang ditayangkan pada tahun ini merupakan sekuel kepada filem-filem hit sebelum ini.

Untuk isu kali ini, Sevenheavenwardrobe telah menyenaraikan 12 buah filem wajib tonton sepanjang 2012 ini.



1. Underworld Awakening
Selene yang bebas dari penjara dan menyedari dia kini di dalam dunia di mana manusia telah menemui kewujudan klan Vampire dan Lycan dan sedang mempersiapkan diri mereka untuk berperang demi memusnahkan kedua-dua spesis ini.



2. Ghost Rider: Spirit of Vengeance
Johnny Blaze yang masih merasakan kesulitan menjadi pemburu harta syaitan sedang bersembunyi dipinggir Eropah Timur apabila dia direkrut oleh sebuah gereja untuk menyelamatkan seorang budak lelaki (Fergus Riordan) daripada syaitan (Ciaran Hinds). Pada mulanya, Johnny enggan menggunakan kuasa Ghost Rider, namun ia satu-satunya cara untuk melindungi budak lelaki tersebut dan memusnahkan sumpahan ke atas dirinya untuk selamanya.



3. Wrath of the Titans
Sepuluh tahun selepas menewaskan raksasa Kraken, Perseus cuba untuk hidup sebagai nelayan biasa dan menjadi bapa tunggal kepada anaknya Helius yang berusia 10 tahun. Walaubagaimanapun, pertelingkahan kuasa sedang berlaku antara dewa-dewa dan Titans di Mount Olympus dan para dewa sudah tidak mampu untuk mengawal Titans dan pemimpin mereka, Kronos, bapa kepada Zeus, Hades and Poseidon. Perseus terpaksa masuk campur apabila Hades dan Ares (anak kepada Zeus) menyatakan kesetiaan mereka kepada Kronos dan mahu menawan Zeus. Dengan bantuan Dewi Perang Andromeda, anak Poseidon, Argenor, dan dewa yang telah jatuh, Hephaestus, Perseus memulakan perjalanannya untuk menyelamatkan Zeus, mengalahkan Titans dan selamatkan kaum manusia.



4. Mirror Mirror Snow White
Bagi merampas kembali tahta bapanya yang telah mati dibunuh oleh Permaisuri, Snow White yang hidup terbuang telah meminta bantuan daripada tujuh orang kerdil.



5. Prometheus
Dalam filem Ridley Scott ini, artifak makhluk asing yang ditemui dalam kajian arkeologi di Afrika mendedahkan bahawa manusia sebenarnya satu kejuruteraan genetik makhluk asing. Antara penemuan tersebut ialah koordinat ke syurga. Weyland Corp melancarkan kapal angkasa yang dipanggil Prometheus dan krewnya untuk bertemu pencipta mereka. Setibanya di sana, mereka disambut baik dan makhluk asing yang dikenali sebagai Alien Gods berkongsi pengetahuan mereka dalam teknologi berasaskan biologi. Namun seorang daripada krew telah mencuri "bio-source code", teknologi yang memulakan segalanya, kuasa yang menjadikan tuhan dan manusia sama rata. Enggan menerima kenyataan, Alien Gods melancarkan senjata biologi menentang manusia. Kini kru kapal angkasa itu harus segera meninggalkan tempat tersebut sebelum masalah lebih teruk berlaku.



6. The Avengers
Filem ini menyambung pengembaraan epik yang bermula daripada "Iron Man, Iron Man 2, The Incredible Hulk, Thor, dan Captain America: The First Avenger". "The Avengers" merupakan filem gandingan adiwira Marvel yang pernah muncul sebelum ini. Apabila seorang musuh yang tak terduga muncul dan mengancam keselamatan dunia, Nick Fury (Samuel L. Jackson), pengarah sebuah agensi keselamatan dunia yang dikenali sebagai S.H.I.E.L.D., perlu mencari satu pasukan untuk menyelamatkan dunia dari kemusnahan.



7. G.I Joe: Retaliation
Pengarah Jon Chu ("Step Up 3D") mengarah filem sekuel "G.I Joe" ini. Kali ini, pasukan G.I Joe harus menghalang Zartan, Storm Shadow dan Firefly selepas mereka berjaya melarikan diri. Namun ia tidak akan jadi jalan yang mudah kerana Zartan kini menyamar menjadi Presiden AS.



8. The Amazing Spiderman 3D
Kisah baru ini berdasarkan skrip oleh James Vanderbilt yang memfokus kepada kisah seorang remaja yang cuba mengimbangi masalah peribadi dan tanggungjawabnya sebagai adiwira.



9. The Dark Knight Rises
Filem terbaru dalam francais “Batman” arahan Christopher Nolan ini dikatakan menjadi filem terakhir dalam triloginya sejak “Batman Begins” dan “The Dark Knight”. 



10. Bourne Legacy
Filem keempat francais Bourne ini tidak memaparkan Jason Bourne untuk siri keempatnya tetapi mengetengahkan seorang lagi pembunuh upahan rahsia kerajaan. Dikatakan watak baru ini juga pernah memainkan peranan dalam Operation Treadstone atau Blackbriar dari filem-filem Bourne sebelum ini.



11. The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2
Bahagian kedua dan terakhir saga Twilight ini bermula dengan peralihan Bella ke dalam kehidupan seorang puntianak. Walaubagaimanapun, dia perlu membiasakan dirinya dengan kemahiran baru dengan pantas kerana apabila Irina salah sangka Renesmee sebagai “immortal child", seorang budak yang telah bertukar menjadi puntianak, pihak Volturi mula merancang untuk memusnahkan Renesmee dan keluarga Cullens kerana dikatakan "immortal children" tidak boleh dikawal. Kini mereka harus mengumpulkan klan puntianak untuk menghadapi peperangan yang akan menentukan takdir mereka.



12. The Hobbit: An Unexpected Journey
Filem ini merupakan filem pertama dari filem epik fantasi dua bahagian arahan Peter Jackson ini. Filem adaptasi J. R. R. Tolkien ini berkisarkan pengembaraan epik Bilbo Baggins untuk menuntut kembali Kerajaan orang Kerdil, Erebor yang telah lama ditakluki naga bernama Smaug. Apabila dia didatangi seorang ahli sihir bernama Gandalf the Grey, Bilbo bersetuju untuk menyertai 13 orang kerdil yang dipimpin pahlawan legenda, Thorin Oakensheild. Pengembaraan mereka akan membawa mereka ke Wild, melewati alam yang penuh bahaya yang diduduki Goblins dan Orcs, Wargs dan Labah-labah Gergasi, Shapeshifters dan ahli sihir. Sekalipun matlamat mereka adalah Timur, mereka perlu melepasi terowong goblin terlebih dahulu, di mana Bilbo bertemu dengan satu makhluk yang akan mengubah hidupnya untuk selamanya - Gollum.


Monday, February 6, 2012

3 Day’s 2 Night’s in Kuching, Sarawak


PERCUTIAN, dengar sahaja perkataan ini pasti ada dikalangan Clickers akan memikirkan tempat-tempat yang menarik yang ingin dilawati bersama keluarga ataupun rakan.

Tidak kira dengan siapapun anda merancang percutian, yang pasti percutian itu dapat menghilangkan tekanan, masalah dan perkara-perkara yang meruncingkan.

Untuk memeriahkan lagi topik ini, kami ingin berkongsi dengan Clickers semua pengalaman percutian kami selama 3 Hari 2 Malam di Kuching, Sarawak bersama rakan kami Kila dan Din.


Hari Pertama @ 12 Oktober 2011

Masa
Aktiviti
4.00 Pagi
Bangun, mandi dan bersiap-siap
4.30 Pagi
Teksi sampai untuk membawa kami ke KL Central. Di sana kami menaiki Skybus untuk membawa kami ke Terminal LCCT pula.
6.00 Pagi
Tiba di Terminal LCCT.
Breakfast di Oldtown White Café sementara menunggu waktu berlepas.
8.20 Pagi
Berlepas dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak.
10.20 Pagi
Mendarat di Kuching, Sarawak. Sebaik saja turun kena melalui pemeriksaan  oleh Pihak Kastam.
kami mencari rakan kami yang telah tiba awal disana. Kila Dan Din
11.40 Pagi
Perodua Viva menjadi pilihan kami untuk mempermudahkan lagi perjalanan kami ketika bercuti disana.
Disamping sewanya yang murah, minyaknya juga agak lama bertahan (RM 50.00 untuk 3 hari perjalanan).
12.30 Tengahari
Selesai sahaja urusan peminjaman kereta sewa, kami mencari tempat untuk kami makan dahulu.. Check in hotel takpe, nanti-nanti boleh.
Restoran Raja Ayam Bakar, merupakan tempat makan pertama kami selepas mendarat di Kuching. Harga makanan boleh tahan murah, tapi apa yang penting sedap.
2.00 Tengahari
Fuhh.. memang sedap.
Destinasi seterusnya Tune Hotel. Selesai je Check in, kami ke bilik masing-masing dan berehat.
3.00 Petang
Bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan.
Muzium Sarawak, Muzium Seni, Muzium Atnologi. Wahh! penatnya banyak sangat muzium yang ada kat Sarawak ni, dan semua kami masuk.
5.00 Petang
Disebabkan cuaca tidak berapa nak baik, asyik hujan je. kami mengambil keputusan untuk Balik ke Tune Hotel.
Sampai je kat bilik apa lagi Zzz…
8.00 Malam
Makan malam kami di Restoran Topspot, dapat tahu tempat nipun sebab search kat Google. Jaraknya taklah berapa jauhpun seberang jalan jer.. tapi terpaksa naik kereta sebab masih hujan.
Di Topspot ni makanannya sedap-sedap dan murah-murah.
Menu kami : ikan siakap tiga rasa, Ayam Pangsung, Sotong Goreng Tepung, Tom Yam, Sayur Campur.
Makan Malam Kami : RM 81.30
10.00 Malam
Hampir 2 jam jugalah kami di Topspot.
Seterusnya kami berjalan-jalan sekitar Water Front tetapi banyak gerai-gerai yang tidak dibuka kerana hari masih lagi hujan.
11.00 Malam
Tune Hotel, satu hari yang memenatkan.. Zzz.



































Hari Kedua @ 13 Oktober 2011

Masa
Aktiviti
8.00 Pagi
Breakfast di Restoran Coffee O Corner yang terletak di Jalan Nagor.
Menu : Mee Kolok, Laksa Sarawak, Satay, Bubur Nasi dan Mee Rebus.
10.00 Pagi
Dalam perjalanan ke Jong Crocodile Farm.
Nama je ladang buaya tetapi dekat sini macam-macam binatang yang dapat kita lihat, senang cerita macam mini zoolah.
Bayaran Masuk Seorang : RM 16.00
1.00 Petang
Semasa dalam perjalanan ke Orang Utan Rehabilitation, kami sempat singgah ke Taman Orkid. Pelbagai jenis periuk kera terdapat disini.
Bayaran Masuk Seorang : RM 2.00
1.30 Petang
Tibalah masa yang dinanti-nantikan, terdapat 2 cara untuk ke kawasan orang utan ini :
1.    Berjalan kaki
2.   Menaiki kenderaan
Kami memilih untuk menaiki kereta kerana jaraknya yang agak jauh dan curam.
Susah nak digambarkan dengan kata-kata selalunya tengok orang utan dekat Discovery Chanel je. Bila tengok depan mata ni rasa seronok dan tak menyesal memilih untuk ke sini.
Bayaran Masuk Seorang : RM 3.00
5.00 Petang
Sekejap je rasa masa berlalu, tak puas nak tengok orang utan tapi masih banyak tempat yang perlu kami singgah.
Kami pulang ke Tune Hotel untuk mandi dan berehat.
5.30 Petang
“Kata orang, jika ke Sarawak tidak sah kalau tidak membeli Kek Lapis Sarawak”.
Kedai Kek Lapis Dayah dan Kedai Kek Lapis Mira merupakan gerai kek lapis Sarawak yang menjadi pilihan kami kerana agak popular.
Untuk ke sana kami terpaksa menaiki perahu.
Bayaran Tambang Perahu Seorang : RM 0.50
7.00 Malam
Makan malam di Restoran Barok.
Menu : Ikan Sweet Sour, Jidin Goreng, Tomyam
Jumlah Makan Malam Kami : RM 93.00
8.15 Malam
Selesai makan malam, sekali lagi menaiki perahu untuk ke Water Front.
Pada malam ini, terdapat banyak gerai-gerai yang dibuka berbanding dengan semalam.
Pelbagai cenderahati dapat kita pilih dan beli di Bazaar Water Front ini dengan harga yang murah.
Bayaran Tambang Perahu Seorang : RM 1.00
9.00 Malam
Menaiki kereta Astana, saje buang masa.
9.45 Malam
Makan tengah malam di Meeting Point, Water Front.
Menu : Mee Goreng dan Kueh Teaw Goreng
10.15 Malam
Singgah ke Kedai Hadiah yang terdapat di Jalan T.A.R sebelum pulang ke Tune Hotel.








































































Hari Ketiga @ 14 Oktober 2011

Masa
Aktiviti
9.00 Pagi
Memandangkan hari ini hari terakhir kami disini jadi bangun tidurpun lewat. Terasa sekejap je dah nak balik Kuala Lumpur, tempat banyak lagi yang tak sempat nak singgah.
Check out dari Tune Hotel.
10.00 Pagi
Breakfast di Restoran Coffee O Corner sekali lagi.
Menu : Mee Kolok, Mee Sapi, Mee Kicap dan Roti Canai
10.00 Pagi
Ke Pasar Satok untuk beli Ikan Terubuk Masin.
11.30 Pagi
Berjalan-jalan disekitar Indian Street dan China Stereet sambil membeli lagi.
Sekali lagi ke Water Front untuk bergambar dan melawat Brooke Monumen dan Muzium Textile.
2.00 Tengahari
Bergambar di Cat Monumen - Orang ambil gambar kat sini masa baru-baru sampai hari tu.
3.00 Petang
Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak.
Makan Tengahari kami untuk hari terakhir ini : Kentucky Fried Chicken.
5.30 Petang
Check in bagasi dan terus ke Pintu No.2
7.00 Petang
Berlepas pulang ke Kuala Lumpur.





























































































Begitulah jadual kami semasa bercuti di Sarawak, agak padat namun masih banyak lain tempat-tempat yang tidak sempat kami singgah.

Kami rasa kami akan ke sana lagi satu hari nanti.

Bagi kami Sarawak, mempunyai pelbagai makanan yang aneh dan pelik tetapi yang penting ia sedap dan penduduk-penduduk Sarawak juga baik hati (Seperti pengayuh sampan kami, dia sanggup turun berjalan bersama kami untuk menunjukkan kedai Kek Lapis Dayah tanpa apa-apa bayaran).