Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Sunday, August 21, 2011

Kellie's Castle


Lakaran Istana Kellie's

Sejarah Kellie's Castle:

Istana Kellie atau lebih dikenali Kellie's Castle yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh merupakan satu warisan sejarah yang menyimpan kisah sehebat istana Taj Mahal di India di sebalik pembinaannya.

Istana Kellie dibina oleh seorang peladang Scotland yang kaya raya, William Kellie Smith yang berasal dari sebuah kampung yang dikenali sebagai Kellas.
Istana Kellie terletak di sebuah ladang getah milik Smith yang dinamakan sebagai Ladang Getah Kinta Kellas, sempena ladang di kampung asal Smith di Scotland iaitu Easter Kellas.
Apa yang menarik, bangunan tersebut bukan sahaja mempunyai ciri-ciri rekabentuk berdasarkan kebudayaan India, malah semua batu bata dan lantainya juga dibawa dari India.
Malah, Smith juga mengupah ramai buruh India untuk membina istana impian cintanya itu.
Selain itu, Istana Kellie merupakan yang pertama sekali menggunakan elevator yang menghubungkan dari tingkat bawah ke tingkat paling atas.
Bangunan itu juga mempunyai banyak bilik dan terowong rahsia.
Bagaimanapun istana yang mula dibina pada tahun 1915 itu tidak sempat siap dan diduduki oleh Smith selepas beliau meninggal dunia secara mengejut akibat penyakit pneumonia semasa melawat Portugal pada tahun 1926.
Agnes yang terlalu sedih dengan kematian suami tersayangnya itu kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke Scotland dan menjual ladang getah serta istana tersebut kepada sebuah syarikat Inggeris, Harrisons and Crosfield.
Walaupun tidak sempat siap, Istana Kellie akan terus diingati sebagai legenda impian yang kesampaian bagi Smith dan mahligai itu kini menjadi daya tarikan pelancong terutamanya bagi mereka yang sedang dilamun cinta.
Legenda inilah yang menjadikan Istana Kellie sebagai tarikan kepada pelancong yang saban hari melawat mahligai impian cinta Kellie itu untuk mengabadikan kenangan cinta mereka.
Istana Kellie dibuka kepada kunjungan awam dari pukul 8.30 pagi hingga 7 petang setiap hari.
-sekian-

Pada 24 April 2010, kami berkesempatan melawat ke Istana yang dikatakan menjadi salah satu tempat menarik yang terdapat di Perak. Gambar-gambar dibawah ini adalah laluan yang akan korang lalui sebelum sampai ke Istana tersebut.

 Bukit yang menyerupai Seekor Singa.

 Perjalanan yang amat memenatkan tapi menggembirakan, kerana jarang sekali kami keluar berjalan-jalan

 Akhirnya sampai juga ke destinasi kami.

 Bergambar dahulu sebagai bukti yang kami pernah menjejak kaki disana.


 Kalau diperhatikan betul-betul pokok ini dari sudut yang tepat, anda akan lihat ia seperti seekor beruang.


Betapa luasnya Istana ini.


.
AMARAN DILARANG MELAKUKAN AKSI INI APABILA ANDA MELAWAT ISTANA INI.
Gambar ini diambil sebelum kami ditegur oleh pegawal

Tangga disini amat menakutkan sebab amat kecil


Lihat.. Dikelilingi kebun-kebun getah yang menghijaukan kawasan sekitarnya.

Kalau siap dibina, disini merupakan lif bangunan ini

Kepada yang nak buat gambar Prewedding pun lawa.

Kawasan luar Istana, yang menyambungkan dewan makan dan bangunan utama


Perigi Buta dimana tempat bagi mendapatkan sumber air bersih.

Sebelum pulang

Jadi kepada Clickers yang ada perancangan untuk pergi melancong ke Perak, pergi la ke Istana Kellie's ini kerana anda takkan menyesal.

No comments: