Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Thursday, September 6, 2012

Pilihan Penentu Keputusan


As’salammualaikum w.b.t.

Dikesempatan ini aku nak mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ dan ‘Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55’ kepada Clickers dan rakan-rakan yang mengenali aku.

Dalam hidup setiap manusia yang berada dimuka bumi ini, semua perkara memerlukan kita membuat pilihan tak kiralah besar atai keci. Baik atau buruk keputusan bergantung kepada pilihan yang kita buat.



Seperti aku dan perniagaan online ini, banyak pilihan perlu dibuat dalam menentukan keputusan yang bakal aku terima (untung atau rugi). Secara jujur, aku amat berterima kasih kepada isteri dan adik ipar aku dalam membantu aku membuat pilihan barangan yang nak dijual di blog ni.

Jujur aku katakan yang aku ni sebenarnya seorang yang buta dalam isu fashion ini tapi disebabkan minat aku untuk berniaga aku beranikan diri menceburkan diri dalam bidang perniagaan ni walaupun secara online.

Alhamdulillah dengan bantuan yang diberikan oleh Nini dan Mimi telah banyak mengubah nasib perniagaan aku. Walaupun tidak bergelar jutawan tetapi aku berjaya menhasilkan pendapatan aku sendiri setiap bulan (No More MLM).

Selain diorang aku juga selalu mendapatkan rujukan daripada majalah-majalah dan blog-blog berkaitan fesyen-fesyen terbaharu ini. Maklumlah bebudak sekarang ni dah berani mencuba pelbagai pakaian.

Berbalik kepada isu pilihan tadi, kita sebagai manusia sepatutnya bersyukur kerana kita dapat membuat pilihan secara waras dan rasional.

Sampai disini dulu untuk kali ini.  

Sekian


No comments: