Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Monday, February 6, 2012

3 Day’s 2 Night’s in Kuching, Sarawak


PERCUTIAN, dengar sahaja perkataan ini pasti ada dikalangan Clickers akan memikirkan tempat-tempat yang menarik yang ingin dilawati bersama keluarga ataupun rakan.

Tidak kira dengan siapapun anda merancang percutian, yang pasti percutian itu dapat menghilangkan tekanan, masalah dan perkara-perkara yang meruncingkan.

Untuk memeriahkan lagi topik ini, kami ingin berkongsi dengan Clickers semua pengalaman percutian kami selama 3 Hari 2 Malam di Kuching, Sarawak bersama rakan kami Kila dan Din.


Hari Pertama @ 12 Oktober 2011

Masa
Aktiviti
4.00 Pagi
Bangun, mandi dan bersiap-siap
4.30 Pagi
Teksi sampai untuk membawa kami ke KL Central. Di sana kami menaiki Skybus untuk membawa kami ke Terminal LCCT pula.
6.00 Pagi
Tiba di Terminal LCCT.
Breakfast di Oldtown White Café sementara menunggu waktu berlepas.
8.20 Pagi
Berlepas dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak.
10.20 Pagi
Mendarat di Kuching, Sarawak. Sebaik saja turun kena melalui pemeriksaan  oleh Pihak Kastam.
kami mencari rakan kami yang telah tiba awal disana. Kila Dan Din
11.40 Pagi
Perodua Viva menjadi pilihan kami untuk mempermudahkan lagi perjalanan kami ketika bercuti disana.
Disamping sewanya yang murah, minyaknya juga agak lama bertahan (RM 50.00 untuk 3 hari perjalanan).
12.30 Tengahari
Selesai sahaja urusan peminjaman kereta sewa, kami mencari tempat untuk kami makan dahulu.. Check in hotel takpe, nanti-nanti boleh.
Restoran Raja Ayam Bakar, merupakan tempat makan pertama kami selepas mendarat di Kuching. Harga makanan boleh tahan murah, tapi apa yang penting sedap.
2.00 Tengahari
Fuhh.. memang sedap.
Destinasi seterusnya Tune Hotel. Selesai je Check in, kami ke bilik masing-masing dan berehat.
3.00 Petang
Bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan.
Muzium Sarawak, Muzium Seni, Muzium Atnologi. Wahh! penatnya banyak sangat muzium yang ada kat Sarawak ni, dan semua kami masuk.
5.00 Petang
Disebabkan cuaca tidak berapa nak baik, asyik hujan je. kami mengambil keputusan untuk Balik ke Tune Hotel.
Sampai je kat bilik apa lagi Zzz…
8.00 Malam
Makan malam kami di Restoran Topspot, dapat tahu tempat nipun sebab search kat Google. Jaraknya taklah berapa jauhpun seberang jalan jer.. tapi terpaksa naik kereta sebab masih hujan.
Di Topspot ni makanannya sedap-sedap dan murah-murah.
Menu kami : ikan siakap tiga rasa, Ayam Pangsung, Sotong Goreng Tepung, Tom Yam, Sayur Campur.
Makan Malam Kami : RM 81.30
10.00 Malam
Hampir 2 jam jugalah kami di Topspot.
Seterusnya kami berjalan-jalan sekitar Water Front tetapi banyak gerai-gerai yang tidak dibuka kerana hari masih lagi hujan.
11.00 Malam
Tune Hotel, satu hari yang memenatkan.. Zzz.



































Hari Kedua @ 13 Oktober 2011

Masa
Aktiviti
8.00 Pagi
Breakfast di Restoran Coffee O Corner yang terletak di Jalan Nagor.
Menu : Mee Kolok, Laksa Sarawak, Satay, Bubur Nasi dan Mee Rebus.
10.00 Pagi
Dalam perjalanan ke Jong Crocodile Farm.
Nama je ladang buaya tetapi dekat sini macam-macam binatang yang dapat kita lihat, senang cerita macam mini zoolah.
Bayaran Masuk Seorang : RM 16.00
1.00 Petang
Semasa dalam perjalanan ke Orang Utan Rehabilitation, kami sempat singgah ke Taman Orkid. Pelbagai jenis periuk kera terdapat disini.
Bayaran Masuk Seorang : RM 2.00
1.30 Petang
Tibalah masa yang dinanti-nantikan, terdapat 2 cara untuk ke kawasan orang utan ini :
1.    Berjalan kaki
2.   Menaiki kenderaan
Kami memilih untuk menaiki kereta kerana jaraknya yang agak jauh dan curam.
Susah nak digambarkan dengan kata-kata selalunya tengok orang utan dekat Discovery Chanel je. Bila tengok depan mata ni rasa seronok dan tak menyesal memilih untuk ke sini.
Bayaran Masuk Seorang : RM 3.00
5.00 Petang
Sekejap je rasa masa berlalu, tak puas nak tengok orang utan tapi masih banyak tempat yang perlu kami singgah.
Kami pulang ke Tune Hotel untuk mandi dan berehat.
5.30 Petang
“Kata orang, jika ke Sarawak tidak sah kalau tidak membeli Kek Lapis Sarawak”.
Kedai Kek Lapis Dayah dan Kedai Kek Lapis Mira merupakan gerai kek lapis Sarawak yang menjadi pilihan kami kerana agak popular.
Untuk ke sana kami terpaksa menaiki perahu.
Bayaran Tambang Perahu Seorang : RM 0.50
7.00 Malam
Makan malam di Restoran Barok.
Menu : Ikan Sweet Sour, Jidin Goreng, Tomyam
Jumlah Makan Malam Kami : RM 93.00
8.15 Malam
Selesai makan malam, sekali lagi menaiki perahu untuk ke Water Front.
Pada malam ini, terdapat banyak gerai-gerai yang dibuka berbanding dengan semalam.
Pelbagai cenderahati dapat kita pilih dan beli di Bazaar Water Front ini dengan harga yang murah.
Bayaran Tambang Perahu Seorang : RM 1.00
9.00 Malam
Menaiki kereta Astana, saje buang masa.
9.45 Malam
Makan tengah malam di Meeting Point, Water Front.
Menu : Mee Goreng dan Kueh Teaw Goreng
10.15 Malam
Singgah ke Kedai Hadiah yang terdapat di Jalan T.A.R sebelum pulang ke Tune Hotel.








































































Hari Ketiga @ 14 Oktober 2011

Masa
Aktiviti
9.00 Pagi
Memandangkan hari ini hari terakhir kami disini jadi bangun tidurpun lewat. Terasa sekejap je dah nak balik Kuala Lumpur, tempat banyak lagi yang tak sempat nak singgah.
Check out dari Tune Hotel.
10.00 Pagi
Breakfast di Restoran Coffee O Corner sekali lagi.
Menu : Mee Kolok, Mee Sapi, Mee Kicap dan Roti Canai
10.00 Pagi
Ke Pasar Satok untuk beli Ikan Terubuk Masin.
11.30 Pagi
Berjalan-jalan disekitar Indian Street dan China Stereet sambil membeli lagi.
Sekali lagi ke Water Front untuk bergambar dan melawat Brooke Monumen dan Muzium Textile.
2.00 Tengahari
Bergambar di Cat Monumen - Orang ambil gambar kat sini masa baru-baru sampai hari tu.
3.00 Petang
Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak.
Makan Tengahari kami untuk hari terakhir ini : Kentucky Fried Chicken.
5.30 Petang
Check in bagasi dan terus ke Pintu No.2
7.00 Petang
Berlepas pulang ke Kuala Lumpur.





























































































Begitulah jadual kami semasa bercuti di Sarawak, agak padat namun masih banyak lain tempat-tempat yang tidak sempat kami singgah.

Kami rasa kami akan ke sana lagi satu hari nanti.

Bagi kami Sarawak, mempunyai pelbagai makanan yang aneh dan pelik tetapi yang penting ia sedap dan penduduk-penduduk Sarawak juga baik hati (Seperti pengayuh sampan kami, dia sanggup turun berjalan bersama kami untuk menunjukkan kedai Kek Lapis Dayah tanpa apa-apa bayaran).

No comments: