Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Saturday, March 17, 2012

Bukit Tinggi, Pahang

As'salammualaikum w.b.t

Gambar-gambar ni merupakan kenangan aku dengan Nini semasa menyambut ulang tahun pertama perkahwinan kami pada 4 Februari 2012 yang lepas.

Kenapa baru sekarang aku post... 
Sebab ingat nak edit gambar-gambar ni tetapi maklumlah kaum lelaki ni, semangat tinggi tapi perlaksanaannya separuh jalan (diharap para kaum adam diluar sana jangan marah eh... lawak jer)

So hasil selama 7 bulan dalam penghasilan entry ni adalah seperti dibawah ni, harap korang suka dan terhibur.
5 km ke Persimpangan Bukit Tinggi. YEAAYY!!!
Kabus-kabus tebal menemani perjalanan kami menuju ke Bukit Tinggi.
Alhamdulillah.. sampai jugak ke sini.
Memang nyaman udara disini, tak terlalu sejuk macam kat Genting Highland.
LALUAN MASUK
Macam nak masuk dalam istana orang barat
PERHATIAN: Banner diatas dibentangkan  bukan untuk kami tetapi untuk 'Pegawai Sektor Penyelarasan Projek Khas ICU JPM' yang mengadakan kursus disini.
Tempat pertama kami lawati setelah tiba disini... bukan nak tempah hotel okehh tetapi nak pinjam TANDAS.
Sunyi sungguh pagi tu, hanya ditemani bunyi binatang-binatang hutan.
Siapa kata kat Malaysia tiada tempat yang cantik.
Disini amat sesuai untuk Clickers yang mempunyai minat dalam bidang photograpy
Difahamkan hampir semua pengunjung akan bergambar disini, termasuklah kami..
Kesian terpaksa ambil gambar sendiri.
Sebab kami berdua jer yang ada.
Aku ambil gambar Nini, Nini ambil gambar aku
Haha... Ada gaya model Majalah Mempelam tak?
MENARA TINJAU
Kat sini korang boleh pilih cara nak naik... TANGGA or LIFT.
PILIHAN AKU ... Rasa-rasanya korangpun tau pilihan aku...
Nampak kat bawah tu baru seorang jer yang nampak, tu pun tak tau pengunjung atau pekerja
Gambar edit.
Taklah sekreatif orang lain tapi bolehlahkan
Chef-chef sedang berbincang menu untuk dimasak pada hari itu.
Le Billard disediakan untuk kaki-kaki Snoker & Pool. 
Camellia.
Salah satu tempat penginapan untuk korang pilih

Dua gambar ini sekadar hiasan kerana kedai makan belum lagi buka.
Gambar edit lagi...
Kedai menjual barang Souvenir
Apa yang Puan Nini ni sedang fikir... Makan... Makan
Dah lepas pukul 10 pagi tetapi manih susah untuk melihat pengunjung-pengunjung lain.
Mungkin masih dibuai mimpi lagi.
PAPAN KENYATAAN AKTIVITI.
So kepada korang yang bosan ketika bercuti disini bolehlah refer aktiviti-aktiviti yang korang minat. 
Ni kat bawah jambatan pintu masuk tadi.
Dah habis ronda-ronda Colmar...
Kat pokok pun jadilah janji dapat posing.
Hehe... macam mana gambar ni diambil eh?
Gambar yang tertarik menarik ni hanya diambil di parking lot jer.
Macam-macam gambar yang boleh diambil disini. Yang penting KREATIF.
Lepas habis berjalan-jalan kat Colmar tadi, kami meneruskan perjalanan kami ke JAPANESE VILLAGE.
Nak kesini perlu menaiki kerete, takpun untuk korang yang malas nak drive naik bukit perkhidmatan Buggy disediakan.
Perjalanan ke Japanese Village tu.
Selamat Datang ke Rumah Teh Jepun yang pertama di dunia dalam hutan tropika.
KOLAM IKAN KOI
Still berkabus walaupun dah dekat tengah hari.
HAITT!!!
Rehat dulu kalau penat mendaki.
Rumah untuk korang yang penat dan lenguh macam aku.
Ni akibatnya bila dah takde kerja.
Kat belakang tu korang boleh sewa 'Pakaian Traditional Jepun'
Kalau tak silap harga dia dalam RM 20.00 untuk setengah jam
HAITT!!! Lagi
ERMMM... apa yang ada kat dalam ni.
BOTANI GARDEN
SOUVENIR SHOP
Gambar ni diambil ketika dalam perjalanan menuju ke Parking.
Lepas Japanese Village kami kembali semula ke Colmar.
Ingat nak balik tapi awal lagi, so jalan-jalan lagi la kat sini.
...
Tak tau nak g mana... Tengok jer la itik-itik kat bawah tu.
TAMAT.
Mungkin ada orang cakap kami ni pasangan yang membosankan, celebrate ulang tahun perkahwinanpun kat sini dah tu sehari jek...
Tapi inilah kami... asalkan dapat bersama, mana-manapun jadi.


Sekian

No comments: