As'salam dan salam 1Malaysia kepada Clickers semua, kali ini Kami nak ajak Clickers semua untuk berkongsi pengalaman kami satu family ketika datang ke kedai ini semalam (19/8/2011 @ 10.30 p.m) untuk bersahur.
Kedai ini telah direkomen oleh member kami (Muhammad Shafiq dari iCimb (M) Sdn Bhd), dia kata sesiapa penggemar cheese patut berkunjung ke sini. so semalam kami pun gerak untuk mencari kedai yang dimaksudkannya tu. Sampainya kami disana memang penuh dengan manusia-manusia yang sedang makan, nak cari Parking kosong pun susah.
Ini gambar muka hadapan kedai tersebut, nampak seperti kedai-kedai biasakan. Jangan tertipu cuba la masuk ke dalam dahulu.
Dihadapan pintu masuk Clickers aku ternampak Banner ni ''Cheese Naan - Best in town, RM 5.00,'' tapi bagi orang yang nak TAPAU harga yang dikenakan ialah RM 5.50 untuk Cheese Nan & RM 2.00 untuk Kuah Dal.
Kami tunjukkan dulu gambar Kuah Dal dia. Kuah ni akan dibuat selepas kita order Nan Cheese tu and rasa dia memang terbaaekkk wokk!! susah kami nak terangkan rasa kuah ni tapi memang lain dan sedap la..
Last but not least, HAAH!! ini gambar roti Nan Cheese tu. sesiapa yang menggemari cheese memang tak rugi la kalo makan kat sini. aku diberitahu yang mereka menggunakan Cheese Mozzarella. Clickers tengok la sendiri melimpah-limpah cheese dia. bau Nan Cheese ni plak PEHHH!!
Bagi Clickers yang berminat untuk pergi ke sini, kedainya berhampiran Maju Junction Bersebelahan dengan Lotus Hotel. Kami jamin Clickers pasti tidak akan menyesal punya.
*** disebabkan kami terlupa untuk membawa kamera so kami terpaksa menggunakan gambar member kami untuk tatapan Clickers semua.
4 comments:
memang terbaik lahhhhh...perghhhhh
serius memang terbaik, aku bawa satu family pergi makan kat sana tetapi terpaksa tapau sebab takde tempat kosong.
Sedappp yer tgk...kalu xclap kedai nie dekat area maju juntion tu erk...
yup.. betul tu, pernah pergi ke?
Post a Comment