Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Saturday, November 10, 2012

Small Office Home Office



AS’SALAMMUALAIKUM W.B.T

KONSEP PERNIAGAAN MODEN YANG DIKENALI SEBAGAI “SMALL OFFICE HOME OFFICE” ATAU SINGKATANNYA S.O.H.O MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA TREN TERKINI YANG SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DIKALANGAN GOLONGAN USAHAWAN DAN GOLONGAN PROFESIONAL.

APA SEBENARNYA “SMALL OFFICE HOME OFFICE” INI?
KONSEP S.O.H.O INI SEBENARNYA TELAHPUN DIPERKENALKAN DI NEGARA KITA SEKITAR TAHUN 1980. APA YANG AKU FAHAM TENTANG KONSEP INI IALAH BAGI GOLONGAN YANG TERLIBAT MEREKA AKAN MEMPEROLEHI MASA BEKERJA YANG FLEKSIBILITI  DAN RUANG KERJA YANG SELESA KERANA KONSEP INI MEMBOLEHKAN MEREKA BEKERJA DAN TINGGAL DI DALAM UNIT YANG SAMA.

Salah satu kelebihan konsep S.O.H.O ni, korang tak payah nak rush bangun pagi-pagi, mandipun tak payah (amat sesuai kepada korang yang susah nak mandi pagi).

KINI BANYAK GOLONGAN PROFESIONAL SEPERTI KONSULTAN, PEGUAM, AGEN HARTANAH DAN SURVEYOR MEMILIH KONSEP S.O.H.O INI UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN MEREKA.

TREN BEKERJA DARI RUMAH INI  JUGA DAPAT DIDEFINASIKAN SEBAGAI ‘SATU KONSEP PEMBANGUNAN YANG MERUPAKAN PERKONGSIAN RUANG PEJABAT DAN KEDIAMAN PADA MASA YANG SAMA’.

Gambar ni bagi korang yang mempunyai sumber kewangan yang stabil hehehe
Bagi golongan yang kurang daya imaginasi.... Barangan IKEA sudeyy
Kalau keluasan dalaman rumah tak cukup... dekat luar rumahpun boleh gak.
Janji korang tak kacau kawasan jiran koranglah, kalau tak kena tubuh syarikat perkongsianlah
Konsep ini, memerlukan daya kreatifiviti korang.Sebab korang kena berimaginasi macam mana korang nak hias pejabat korang dalam ruang yang terhad.
 KELEBIHAN-KELEBIHAN KONSEP S.O.H.O:
  1. MEMPUNYAI RUANG PEJABAT ATAU PERNIAGAAN BERSAIZ KECIL TETAPI EFISYEN DIMANA TIADA PEMBAZIRAN SEPERTI SEWA RUANG BERLAKU.
  2. AKTIVITI PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN BERBENTUK ‘JARAK JAUH’ KERANA BERASASKAN KEPADA PENGGUNAAN TEKNOLOGI IT IAITU PENGKOMPUTERAN, INTERNET DAN TELEKOMUNIKASI.
  3. AKTIVITI PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN JUGA TIDAK MELIBATKAN KUNJUNGAN PELANGGAN YANG RAMAI, KURANG INTENSIF PEKERJA DAN TIDAK MELIBATKAN PENSTORAN BARANGAN.
  4. KEBOLEHAN MENCAPAI PELANGGAN YANG LUAS MELALUI PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT.
  5. KOS PUSINGAN (OVERHEAD) DAN PENGENDALIAN YANG RENDAH.
Gambar ini bukan sekadar hiasan, sebab ini merupakan pejabat aku dekat rumah sewa sekarang.
Belum lagi siap sepenuhnya, apapun  terima kasih kepada Puan Nini kerana membenarkan saya membina pejabat ini.

JADI BAGI AKU, KONSEP SOHO INI BANYAK MANFAATNYA LEBIH-LEBIH LAGI BAGI ORANG MACAM AKU NI YANG BARU NAK MEMULAKAN PERNIAGAAN. FIKIRKAN BALIK TAKKAN AKU NAK SEWA RUANG PEJABAT KOT, DAH LA BESAR PASTU TAU-TAU JER LA SEWA KAT "KEY ELL" NI MAU RM 700.00 KEATAS.

SEKIAN

NOTA BLOGGER: Konsep S.O.H.O ini amat sesuai buat CLICKERS yang baru menubuhkan syarikat atau baru nak mula berniaga. Ye la kita baru nak mula berniaga takkan nak sewa ruang pejabat, better kita mula dulu dari rumah. Nanti dah berjaya korang nak sewa ke, beli ke... ikut kemampuan masing-masing. Dan bagi CLICKERS yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi dicampur pulak dengan sumber pendapatan yang juga tinggi... korang boleh mempunyai sebuah pejabat kecil didalam atau diluar rumah korang mengikut keselesaan dan kreatifviti korang.

No comments: