Words

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Followers

Showing posts with label From The Desk of Blogger. Show all posts
Showing posts with label From The Desk of Blogger. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Small Office Home Office



AS’SALAMMUALAIKUM W.B.T

KONSEP PERNIAGAAN MODEN YANG DIKENALI SEBAGAI “SMALL OFFICE HOME OFFICE” ATAU SINGKATANNYA S.O.H.O MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA TREN TERKINI YANG SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DIKALANGAN GOLONGAN USAHAWAN DAN GOLONGAN PROFESIONAL.

APA SEBENARNYA “SMALL OFFICE HOME OFFICE” INI?
KONSEP S.O.H.O INI SEBENARNYA TELAHPUN DIPERKENALKAN DI NEGARA KITA SEKITAR TAHUN 1980. APA YANG AKU FAHAM TENTANG KONSEP INI IALAH BAGI GOLONGAN YANG TERLIBAT MEREKA AKAN MEMPEROLEHI MASA BEKERJA YANG FLEKSIBILITI  DAN RUANG KERJA YANG SELESA KERANA KONSEP INI MEMBOLEHKAN MEREKA BEKERJA DAN TINGGAL DI DALAM UNIT YANG SAMA.

Salah satu kelebihan konsep S.O.H.O ni, korang tak payah nak rush bangun pagi-pagi, mandipun tak payah (amat sesuai kepada korang yang susah nak mandi pagi).

KINI BANYAK GOLONGAN PROFESIONAL SEPERTI KONSULTAN, PEGUAM, AGEN HARTANAH DAN SURVEYOR MEMILIH KONSEP S.O.H.O INI UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN MEREKA.

TREN BEKERJA DARI RUMAH INI  JUGA DAPAT DIDEFINASIKAN SEBAGAI ‘SATU KONSEP PEMBANGUNAN YANG MERUPAKAN PERKONGSIAN RUANG PEJABAT DAN KEDIAMAN PADA MASA YANG SAMA’.

Gambar ni bagi korang yang mempunyai sumber kewangan yang stabil hehehe
Bagi golongan yang kurang daya imaginasi.... Barangan IKEA sudeyy
Kalau keluasan dalaman rumah tak cukup... dekat luar rumahpun boleh gak.
Janji korang tak kacau kawasan jiran koranglah, kalau tak kena tubuh syarikat perkongsianlah
Konsep ini, memerlukan daya kreatifiviti korang.Sebab korang kena berimaginasi macam mana korang nak hias pejabat korang dalam ruang yang terhad.
 KELEBIHAN-KELEBIHAN KONSEP S.O.H.O:
  1. MEMPUNYAI RUANG PEJABAT ATAU PERNIAGAAN BERSAIZ KECIL TETAPI EFISYEN DIMANA TIADA PEMBAZIRAN SEPERTI SEWA RUANG BERLAKU.
  2. AKTIVITI PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN BERBENTUK ‘JARAK JAUH’ KERANA BERASASKAN KEPADA PENGGUNAAN TEKNOLOGI IT IAITU PENGKOMPUTERAN, INTERNET DAN TELEKOMUNIKASI.
  3. AKTIVITI PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN JUGA TIDAK MELIBATKAN KUNJUNGAN PELANGGAN YANG RAMAI, KURANG INTENSIF PEKERJA DAN TIDAK MELIBATKAN PENSTORAN BARANGAN.
  4. KEBOLEHAN MENCAPAI PELANGGAN YANG LUAS MELALUI PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT.
  5. KOS PUSINGAN (OVERHEAD) DAN PENGENDALIAN YANG RENDAH.
Gambar ini bukan sekadar hiasan, sebab ini merupakan pejabat aku dekat rumah sewa sekarang.
Belum lagi siap sepenuhnya, apapun  terima kasih kepada Puan Nini kerana membenarkan saya membina pejabat ini.

JADI BAGI AKU, KONSEP SOHO INI BANYAK MANFAATNYA LEBIH-LEBIH LAGI BAGI ORANG MACAM AKU NI YANG BARU NAK MEMULAKAN PERNIAGAAN. FIKIRKAN BALIK TAKKAN AKU NAK SEWA RUANG PEJABAT KOT, DAH LA BESAR PASTU TAU-TAU JER LA SEWA KAT "KEY ELL" NI MAU RM 700.00 KEATAS.

SEKIAN

NOTA BLOGGER: Konsep S.O.H.O ini amat sesuai buat CLICKERS yang baru menubuhkan syarikat atau baru nak mula berniaga. Ye la kita baru nak mula berniaga takkan nak sewa ruang pejabat, better kita mula dulu dari rumah. Nanti dah berjaya korang nak sewa ke, beli ke... ikut kemampuan masing-masing. Dan bagi CLICKERS yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi dicampur pulak dengan sumber pendapatan yang juga tinggi... korang boleh mempunyai sebuah pejabat kecil didalam atau diluar rumah korang mengikut keselesaan dan kreatifviti korang.

Sunday, September 30, 2012

Kejayaan Perniagaan


Gambar hiasan - Gambar ini sesuai untuk topik yang akan aku kongsi bersama Clicker.

AS’SALAMMUALAIKUM W.B.T

BARU-BARU NI AKU ADA TERBACA SATU ARTIKEL DALAM SURATKHABAR YANG AKU RASA SESUAI UNTUK BERKONGSI DENGAN CLIKERS, LEBIH-LEBIH LAGI KORANG YANG BERADA DALAM BIDANG PERNIAGAAN DAN KEBETULAN PULA SESUAI UNTUK AKU YANG BARU NAK MULA BERNIAGA.

Keratan Akhbar Utusan Malaysia (19 September 2012)
APA YANG DAPAT AKU RUMUSKAN DARIPADA ARTIKEL TERSEBUT IALAH UNTUK BERJAYA DIDALAM PERNIAGAAN, TIADA JALAN SINGKAT ATAU MUDAH DAN YANG PALING PENTING TIADA ISTILAH REZEKI DATANG BERGOLEK.. SEMUA YANG DAH BERJAYA, PASTI DIAORANG TELAH BERDEPAN DENGAN MASALAH DAN DUGAAN.

MASALAH DAN DUGAAN INI DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T UNTUK MENILAI KEKUATAN DIRI KITA, SUPAYA APABILA BERJAYA NANTI KITA AKAN BERSYUKUR DAN TIDAK MUDAH LUPA DIRI.

BAGI MEREKA YANG SUKA MENGAMBIL JALAN PINTAS UNTUK BERJAYA, BUKANNYA DIORANG TAK BOLEH KAYA. BOLEH… TETAPI KEKAYAAN ITU SELALU YANG TIDAK DIBERKATI ALLAH, DAN BILA REZEKI DAH TAK BERKAT… TU YANG DUIT TAK NAK MELEKAT DAN KATA-KATA SEPERT INI MUNGKIN AKAN KELUAR DARI MULUT “HRRMMM… NAPER LA DUIT AKU TAK PERNAH NAK CUKUP NI?

Mungkin kita juga akan melakukan gaya macam dalam gambar ni,
bila duit gaji kita tak pernah cukup.
JADI BAGI KORANG YANG TELAHPUN MEMPUNYAI PERNIAGAAN ATAU BARU NAK CUBA-CUBA BERNIAGA MACAM AKU, PILIHAN TERLETAK DITANGAN MASING-MASING. HALAL ATAU HARAM REZEKI YANG KITA TERIMA ITU BERGANTUNG KEPADA DIRI KITA SENDIRI.

TIPS UNTUK CLICKERS: BERUSAHA – BERDOA – BERTAWAKAL MERUPAKAN FORMULA UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN ATAU APA-APA YANG KITA LAKUKAN.

INGATLAH SESUNGGUHNYA “DALAM ISLAM TIADA ISTILAH KEGAGALAN, YANG ADA HANYA SEBUAH KEJAYAAN YANG TERTANGGUH.”

SEKIAN

Thursday, September 6, 2012

Pilihan Penentu Keputusan


As’salammualaikum w.b.t.

Dikesempatan ini aku nak mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ dan ‘Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55’ kepada Clickers dan rakan-rakan yang mengenali aku.

Dalam hidup setiap manusia yang berada dimuka bumi ini, semua perkara memerlukan kita membuat pilihan tak kiralah besar atai keci. Baik atau buruk keputusan bergantung kepada pilihan yang kita buat.



Seperti aku dan perniagaan online ini, banyak pilihan perlu dibuat dalam menentukan keputusan yang bakal aku terima (untung atau rugi). Secara jujur, aku amat berterima kasih kepada isteri dan adik ipar aku dalam membantu aku membuat pilihan barangan yang nak dijual di blog ni.

Jujur aku katakan yang aku ni sebenarnya seorang yang buta dalam isu fashion ini tapi disebabkan minat aku untuk berniaga aku beranikan diri menceburkan diri dalam bidang perniagaan ni walaupun secara online.

Alhamdulillah dengan bantuan yang diberikan oleh Nini dan Mimi telah banyak mengubah nasib perniagaan aku. Walaupun tidak bergelar jutawan tetapi aku berjaya menhasilkan pendapatan aku sendiri setiap bulan (No More MLM).

Selain diorang aku juga selalu mendapatkan rujukan daripada majalah-majalah dan blog-blog berkaitan fesyen-fesyen terbaharu ini. Maklumlah bebudak sekarang ni dah berani mencuba pelbagai pakaian.

Berbalik kepada isu pilihan tadi, kita sebagai manusia sepatutnya bersyukur kerana kita dapat membuat pilihan secara waras dan rasional.

Sampai disini dulu untuk kali ini.  

Sekian


Monday, December 26, 2011

December 2011

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dengan limpah rahmat-Nya kita masih lagi berada disini untuk menyambut tahun baru 2012. Dikesempatan ini, kami suami-isteri ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada  warga Clickers yang masih setia bersama kami dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang mengenali kami dan semoga segala hajat dan impian  warga Clickers  dan rakan-rakan kami tercapai.. Amin

Setahun telah berlalu, pada mulanya blog ini dibuka hanyalah untuk menceritakan kisah-kisah mengenai kami sahaja, dan hanya untuk berkongsi maklumat dan tips-tips yang kami dapat untuk Clickers.   

Dan kami akui yang laman blog ini agak membosankan. Setelah melihat blog rakan-rakan yang lain, pelbagai idea yang kami dapat dan kami rasa kami patut tampilkan di Blog ini. Jadi setelah berbincang kami bersependapat untuk membuka sebuah Gerai Online.

Untuk pengetahuan Clickers, sebenarnya kami telahpun mula berniaga secara kecil-kecilan di sini. Banyak produk telah kami ambil dan letakkan diblog ini seperti Kain Sulam Timbul, Pin Tudung, Kain Tudung, Selendang dan Beg Tangan Wanita untuk dijual. 


Jadi dengan adanya Gerai Online ini, teraturlah sedikit cara kami menjual produk-produk kami. Dan dengan terhasilnya Borang Tempahan senanglah sedikit Clickers untuk memesan tanpa perlu menelefon kami yang kadang-kala tak terjawab panggilannya.

Semoga kami berpeluang menambah lagi produk-produk yang dapat menarik minat Clickers untuk membeli dari kami.

Sekian dahulu dari kami, semoga kita berjumpa lagi di lain artikel. Silalah berkunjung ke Gerai Online kami untuk melihat produk-produk kami..

Kenangan manis kami di hujung tahun 2011,
Makan Malam Bersama Papa Rock @ Ramli Sarip

Sunday, October 2, 2011

FROM THE DESK OF BLOGGER : Thank You

Assalammualaikum w.b.t.


Pantas betul masa berlalu, sedar tak sedar kini telahpun masuk bulan Oktober 2011. Jadi dikesempatan ini, kami ingin berterima kasih kepada Clickers yang masih bersama dan memeriahkan lagi Blog kami ini. Mohon maaf di minta sekiranya ada kekurangan pada paparan-paparan kami sebelum ini.

Untuk memantapkan lagi blog ini, kami telah membeli sebuah buku berkenaan dunia blog ini yang bertajuk ‘Rahsia Blogger - Edisi ke 2’, oleh Mohd Suhaimy Abu Bakar & Mohammed Farid Sulaiman.



Setelah tamat membaca buku ini, banyak perkara yang menarik dan berfaedah yang kami ketahui di samping ia juga menaikkan lagi semangat kami untuk terus dalam dunia blogger ini. Dan cadangan kami kepada Clickers yang ingin menceburi dunia blogger ini belilah buku ini sebagai panduan anda (bagi kawan-kawan yang mengenali kami datang la rumah kalau nak pinjam heheh..).

Pada 1 Oktober 2011, saya dan isteri saya telah mendapat panggilan dari ibu kami supaya pergi ke Johor Bahru untuk melawat kakak dan abang ipar kami yang baru kehilangan ayah tersayang… Takziah buat Kak Mija dan Abang Lin, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman… Al-Fatihah

Berbalik pada kisah kami… bagi menaikkan lagi kualiti dan kuantiti blog ini, kami telah mengadakan perbincangan bertempat di Restoran Black Canyon, Jusco Bukit Indah, Skudai Johor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. sambil berbincang sambil berdating hehehe agak lama kami tak keluar makan macam ni..


Hasil perbincangan kami pada makan malam itu, selepas ini setiap posting kami akan disusun dengan membuat section atau tajuk utama. Section/Tajuk utama ini akan kami namakan seperti ini:

1. From The Desk of Blogger
Disini akan kami paparkan perkara-perkara berkaitan kami ataupu blog, artikel-artikel, gambar- gambar serta bahan-bahan lain yang kami rasa ingin berkongsi bersama.

2. Today News
Artikel-Artikel dan Tips-Tips berkaitan kesihatan, simpanan & pelaburan, bahan-bahan berkaitan Islam, sejarah dsb.

3. Travel and Leisure
Tempat peranginan yang patut anda lawat bersama rakan atau keluarga yang pernah kami lawati.

4. Food & Beverage
Restoran dan kedai makan yang pernah kami kunjungi dan Resipi masakan yang pernah kami hasilkan.

5. Joke of The Week
Cerita-cerita dan gambar-gambar lawak.

6. Garage Sale
Perniagaan yang akan atau sedang kami lakukan.

Diharapkan segala perubahan yang akan kami lakukan ini, dapat lebih menarik minat anda untuk terus bersama kami.

Sekian dahulu dari kami.. Assalammualaikum.

Sunday, September 4, 2011

Eidulfitri 1432H/2011M


As'salam dan Salam 1Malaysia buat CLICKERS semua. 
Dikesempatan ini, kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidulfitri 1432H/2011M dan ulang tahun Hari Kemerdekaan buat Malaysia Tercinta..



Kepada yang pulang berhari raya di kampung halaman diharap pandu dengan cermat ingat orang yang tersayang.

Monday, August 8, 2011

Welcome to Our Blog.

''celebrate moment"
(Letih je muka sebab tak tido nak kene siapkan blog ni)

Alhamdulillah dengan limpah dan  rahmatNya, akhirnya Blog "7th Heaven Wardrobe" ini berjaya juga disiapkan walaupun terpaksa mengambil masa yang lama kerana kekurangan idea.

Dikesempatan ini ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada isteri tersayang kerana tidak putus-putus memberi pertolongan dari segi idea dan tenaga, Kaum  keluarga dan tidak lupa juga kawan-kawan.

Blog ini akan diurus dan dipantau oleh kami (Syaiful Amri Dan Shamshidatul Maziyah Samsudin). Dan dildalam Blog ini juga akan kami sertakan segmen-segmen yang akan menarik minat anda seperti:

1. Perniagaan
2. Pengalaman/Cerita
3. Resipi Masakan
4. Tempat Peranginan Yang Perlu Anda Lawati
5. Restoran Yang Perlu Anda Kunjungi
6. Hobi Untuk Dikongsi
7. Lain-Lain

Sebagai pendatang baru, komen dan nasihat dari anda amat kami hargai bagi meninggkatkan lagi kualiti dan kuantiti blog ini.

sekian