As'salammualaikum w.b.t
Gambar-gambar ni merupakan kenangan aku dengan Nini semasa menyambut ulang tahun pertama perkahwinan kami pada 4 Februari 2012 yang lepas.
Kenapa baru sekarang aku post...
Sebab ingat nak edit gambar-gambar ni tetapi maklumlah kaum lelaki ni, semangat tinggi tapi perlaksanaannya separuh jalan (diharap para kaum adam diluar sana jangan marah eh... lawak jer)
So hasil selama 7 bulan dalam penghasilan entry ni adalah seperti dibawah ni, harap korang suka dan terhibur.
 |
5 km ke Persimpangan Bukit Tinggi. YEAAYY!!! |
 |
Kabus-kabus tebal menemani perjalanan kami menuju ke Bukit Tinggi. |
 |
Alhamdulillah.. sampai jugak ke sini.
Memang nyaman udara disini, tak terlalu sejuk macam kat Genting Highland. |
 |
LALUAN MASUK
Macam nak masuk dalam istana orang barat |
 |
PERHATIAN: Banner diatas dibentangkan bukan untuk kami tetapi untuk 'Pegawai Sektor Penyelarasan Projek Khas ICU JPM' yang mengadakan kursus disini. |
 |
Tempat pertama kami lawati setelah tiba disini... bukan nak tempah hotel okehh tetapi nak pinjam TANDAS. |
 |
Sunyi sungguh pagi tu, hanya ditemani bunyi binatang-binatang hutan. |
 |
Siapa kata kat Malaysia tiada tempat yang cantik.
Disini amat sesuai untuk Clickers yang mempunyai minat dalam bidang photograpy |
 |
Difahamkan hampir semua pengunjung akan bergambar disini, termasuklah kami.. |
 |
Kesian terpaksa ambil gambar sendiri. |
 |
Sebab kami berdua jer yang ada. Aku ambil gambar Nini, Nini ambil gambar aku |
 |
Haha... Ada gaya model Majalah Mempelam tak? |
 |
MENARA TINJAU Kat sini korang boleh pilih cara nak naik... TANGGA or LIFT. PILIHAN AKU ... Rasa-rasanya korangpun tau pilihan aku... |
 |
Nampak kat bawah tu baru seorang jer yang nampak, tu pun tak tau pengunjung atau pekerja |
 |
Gambar edit. Taklah sekreatif orang lain tapi bolehlahkan |
 |
Chef-chef sedang berbincang menu untuk dimasak pada hari itu. |
 |
Le Billard disediakan untuk kaki-kaki Snoker & Pool. |
 |
Camellia.
Salah satu tempat penginapan untuk korang pilih |
 |
Dua gambar ini sekadar hiasan kerana kedai makan belum lagi buka. |
 |
Gambar edit lagi... |
 |
Kedai menjual barang Souvenir |
 |
Apa yang Puan Nini ni sedang fikir... Makan... Makan |
 |
Dah lepas pukul 10 pagi tetapi manih susah untuk melihat pengunjung-pengunjung lain.
Mungkin masih dibuai mimpi lagi. |
 |
PAPAN KENYATAAN AKTIVITI.
So kepada korang yang bosan ketika bercuti disini bolehlah refer aktiviti-aktiviti yang korang minat. |
 |
Ni kat bawah jambatan pintu masuk tadi. |
 |
Dah habis ronda-ronda Colmar... |
 |
Kat pokok pun jadilah janji dapat posing. |
 |
Hehe... macam mana gambar ni diambil eh? |
 |
Gambar yang tertarik menarik ni hanya diambil di parking lot jer. |
 |
Macam-macam gambar yang boleh diambil disini. Yang penting KREATIF. |
 |
Lepas habis berjalan-jalan kat Colmar tadi, kami meneruskan perjalanan kami ke JAPANESE VILLAGE. Nak kesini perlu menaiki kerete, takpun untuk korang yang malas nak drive naik bukit perkhidmatan Buggy disediakan. |
 |
Perjalanan ke Japanese Village tu. |
 |
Selamat Datang ke Rumah Teh Jepun yang pertama di dunia dalam hutan tropika. |
 |
KOLAM IKAN KOI |
 |
Still berkabus walaupun dah dekat tengah hari. |
 |
HAITT!!! |
 |
Rehat dulu kalau penat mendaki. Rumah untuk korang yang penat dan lenguh macam aku. |
 |
Ni akibatnya bila dah takde kerja. |
 |
Kat belakang tu korang boleh sewa 'Pakaian Traditional Jepun' Kalau tak silap harga dia dalam RM 20.00 untuk setengah jam |
 |
HAITT!!! Lagi |
 |
ERMMM... apa yang ada kat dalam ni. |
 |
BOTANI GARDEN |
 |
SOUVENIR SHOP |
 |
Gambar ni diambil ketika dalam perjalanan menuju ke Parking. |
 |
Lepas Japanese Village kami kembali semula ke Colmar. Ingat nak balik tapi awal lagi, so jalan-jalan lagi la kat sini. |
 |
... |
 |
Tak tau nak g mana... Tengok jer la itik-itik kat bawah tu. |
 |
TAMAT.
|
Mungkin ada orang cakap kami ni pasangan yang membosankan, celebrate ulang tahun perkahwinanpun kat sini dah tu sehari jek...
Tapi inilah kami... asalkan dapat bersama, mana-manapun jadi.
Sekian